ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 March 2010

UMNO, Melayu dan Setinggan











 "JOHOR negeri kelahiran ku tersohor dengan jolokan Negeri Paling Kuat UMNO di dunia. Terkenal sebagai negeri yang paling banyak hutang dengan kerajaan Pusat. Juga terkenal sebagai negeri pakar menjual tanah hak milik Melayu kepada orang asing.

Juga dikenali oleh BNM sebagai negeri pusat tumbuhnya syarikat skim cepat kaya dan cepat lingkup. Dan yang paling membanggakan para pemimpin dan ahli UMNO apabila Johor berjaya menjadi sebuah negeri yang paling banyak penempatan setinggan.

Ramai di kalangan kita orang Melayu (sengaja sebut Melayu sebab UMNO kata dialah pejuang Melayu tulen) tak tahu tentang fakta pemilikan tanah orang Melayu di negeri yang terkuat UMNO-nya. Sehingga tahun 2002, tanah milik orang Melayu di seluruh negeri Johor hanya tinggal 14% sahaja. Jumlah ini termasuk tanah Felda. Nasib baiklah ada Felda, kalau tak hanya tinggal 5% agaknya. Itu pun tanah Felda nak ditipu lagi oleh rejim Najib laknatullah.
Saya nak tanya orang UMNO Johor, apa tindakan kamu dulu sebagai orang Melayu yang mengaku Islam bila cuti hari Juma'at ditukar kepada Ahad oleh Muhyiddin Yassin atas kehendak si Mahathir laknatullah. Walhal cuti hari Juma'at merupakan tradisi negeri kita Johor. Juga di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, demi setianya kamu dengan UMNO yang berfahaman sekular Kristian, maka kamu hanya berdiam diri dan percaya dengan cakap 'bodoh' Presiden UMNO ketika itu "Jika cuti hari Juma'at, maka pelabur asing tak boleh buat urusan dengan kerajaan Johor". Dan tak dinafikan memang ada ahli UMNO yang marah tapi 'hangat-hangat tahi lembu'. Bila pilihanraya tiba, sokong juga UMNO. Kamu tak sedar sebenarnya Mahathir memang anti-Islam dan benci dengan cuti hari Juma'at. Mahathir tahu ahli UMNO memang boleh diperbodohkan dengan apa jua alasan dangkal.

Benarlah kata-kata "Pemimpin yang zalim dan jahat memang disokong oleh golongan jahil dan tidak beriman"

Memang benarlah hati kamu semua telah dimatikan oleh Allah.

Projek Danga Bay, berapa ramai ahli dan penyokong UMNO yang mampu beli apartmen mewah bernilai lebih RM500 ribu? Berapa ramai orang Melayu UMNO Johor yang mampu menyewa premis perniagaan di pusat membeli belah sekitar Johor Bahru? Sepatutnya kita orang Melayu yang menguasai ruang premis perniagaan tersebut, bukannya orang lain sebab negara ini pun nama asalnya Tanah Melayu dan diperintah oleh parti Melayu UMNO yang 'bersungguh-sungguh' nak bela Melayu kononnya.

Begitu juga dengan Amanah Saham Johor. Berapa ramai orang Melayu yang terpaksa menanggung hutang dengan bank bila saham ASJ hanya tinggal 20 sen seunit sedangkan sewaktu pelancaran pemimpin UMNO yang menjadi MB beri jaminan tidak akan rugi. Sekali lagi kamu ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin bila mereka memberi alasan kerugian disebabkan ekonomi merudum sedangkan tanpa sedar habis duit kamu dirompak secara senyap melalui pelaburan yang dibuat. Bagi segelintir yang cerdik, sempatlah dapat untung bila mereka menjual balik sahamnya pada ketika harga RM 3.00 seunit.

Dan yang terkini, masalah setinggan. Fikirkan sejenak persoalan ini ;

- Kenapa majoriti yang menduduki perumahan setinggan ini terdiri dari ahli dan penyokong setia UMNO?

- Mana pergi laungan pemimpin kamu yang menyebut UMNO pembela Melayu?

- Mana pergi pemimpin UMNO bila rumah setinggan nak dirobohkan?

- Kalau benar UMNO membela Melayu, sepatutnya tidak berlaku orang Melayu duduk di rumah setinggan macam ni.

- Sedarkah kamu para pimpinan UMNO yang kamu sokong hidup dalam kemewahan dengan duit puluhan juta ringgit dalam bank, malah ratusan juta. Apakah kamu ingat mereka mahu ambil tahu pasal kesusahan kamu? Minta maaflah...

Bagi ahli dan penyokong UMNO yang lebih bernasib baik dan dapat hidup selesa di rumah sendiri ;

- Pernahkah kamu memikirkan tentang nasib dan susah-payah saudara seUMNO kamu yang tinggal di rumah setinggan?

- Mengapa kamu tidak turun beramai-ramai dalam membantah tindakan perobohan rumah mereka semalam?

- Di mana letaknya semangat persaudaraan keUMNOan kamu?

Perobohan rumah setinggan

Semalam, kira-kira 200 aktivis PAS yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Pusat Sdr Suhaizan Kaiat telah turun padang untuk bersama dengan penduduk setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru bagi membantah operasi perobohan rumah oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Saya difahamkan oleh Ketua DPP Batu Pahat, Tn Hj Ismail Sema'on yang turut serta dalam bantahan itu, PAS bersama penduduk telah membuat 'rantaian manusia' dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang bagi menghalang jentolak masuk.

Hasil perbincangan antara Suhaizan yang mewakili penduduk di situ dengan pihak berkuasa, akhirnya persetujuan dicapai. Pihak berkuasa memberikan tempoh 3 hari kepada baki penduduk yang tinggal untuk mengosongkan rumah mereka. Selepas tempoh itu, perobohan akan diteruskan. Yang menyedihkan hati bila tiada sebarang pampasan diberikan kepada para penduduk setinggan tersebut.

Inilah hakikat sebenarnya yang melanda nasib orang Melayu kita di bawah pemerintahan rejim UMNO yang zalim. Orang Melayu terus-menerus ditipu "Dulu, Kini dan Selamanya..." Dahlah hak keistimewaan orang Melayu seperti biasiswa yang dijamin oleh perlembagaan telah dirampas. Ditambah pula dengan taraf hidup yang tidak berubah sejak dulu. Dasar Ekonomi Baru yang dibuat bukannya untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera, sebaliknya hanya untuk menguntung dan mengkayakan segelintir golongan elit Melayu yang ada hubungan rapat dengan pemerintah.

Jika seluruh ahli dan penyokong UMNO masih tak sedar juga, penghujungnya kita akan lihat bangsa Melayu akan jadi 'hamba abdi' di negara sendiri. Dan memang pun dah berlaku hari ini. Yang tak nampak hanyalah orang UMNO sebab mata hati mereka telah dibutakan Allah SWT.

Inilah akibatnya jika kita dah terlampau jauh daripada Islam. Kita lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia daripada sistem Allah. Justeru, hari ini kita telah dihina oleh Allah dengan kezaliman pemimpin UMNO yang MUNAFIQ.
Berhijrahlah sebelum bala' besar menimpa kita semua... Kembalilah pada Islam yang syumul.
Takde gunanya mengaku Islam tapi dalam waktu yang sama menyokong dan tunduk kepada pemimpin sekular yang menolak Islam.


monazmuslim

No comments:

Post a Comment