ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 March 2010

JANGAN LETAKKAN `BERUDU' SEBAGAI CALON



aku sering membantu mu dengan sumpah sumpit ku  wahai memanda burid ku...maka dengan rasa tak malu ...calon lah aku....!!!!

Rakyat Hulu Selangor ingin memilih pemimpin yang sanggup berjuang, susah dan senang bersama rakyat bukannya seorang `pelacur' murahan seperti yang telah ada beberapa ekor sekarang ini. Rakyat di negeri Selangor bukan seperti kebanyakan rakyat di Melaka yang masih senang serta selesa berada di bawah KM yang pernah terlibat di dalam `rasuah politik'. Kecerdikan rakyat Selangor menilai pemimpin itulah yang menyebabkan Khir Toyo `disapu' oleh `penyapu'nya sendiri.

Apakah selepas pilihanraya ini nanti DS Anwar terpaksa memohon maaf lagi kepada pengundi kerana tersilap memilih calon? Perkara yang lepas biarlah lepas, dan kita sedar ketika itu DS Anwar dan pimpinan masih belum belajar mengenali kawan dan lawan. Jika Tuan Guru Nik Aziz pun terkhilaf apabila merestui raja katak sebagai calon di Pasir Mas, apa lagi lah DS Anwar. Itu semua sejarah yang banyak mengajar kita. Kadangkala terlalu berbaik sangka memakan diri juga. Jadi, siapakah calon yang terbaik untuk kita letakkan berdepan dengan Umno nanti? Saya berani berkata bahawa Umno adalah lawan yang akan berdepan dengan kita kerana kita arif sangat dengan Umno ini. Umno tidak akan menghormati kawannya lagi bila kawannya sudah lemah. MIC sudah lemah dan pastinya Umno tidak akan berharap lagi dengan parti Samy Vellu itu.

PKR mestilah meletakkan calon yang telah terbukti berjuang dan bersusah payah begitu lama demi parti. Calon tersebut mestilah telah diuji dengan berbagai kesusahan dan penderitaan bukannya yang masuk tanpa merasai perit dan jerihnya menaikkan nama parti. Kita mahukan calon tersebut dikenali ramai pengundi di Hulu Selangor dan mempunyai rekod yang baik. Majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu Islam, dan tentunya ramai pengundi di situ adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Oleh yang demikian, calon yang bakal dipilih oleh pimpinan PKR nanti mestilah mempunyai akhlak dan nilai-nilai agama yang tinggi.

Mari kita singkap siapakah pula bakal calon dari Umno? Jika saya orang Umno, saya pasti akan melobi untuk mencalonkan Ezam sesumpah sebagai calon. Kerana apa? Ini adalah kerana kita telah melihat bagaimana susah dan peritnya Ezam sesumpah ini berjuang mempertahankan parti pimpinan Najib sekarang. Segala ilmu pembohong, penipu, lawak termasuk sumpah-sumpahnya telah habis dikeluarkan dari dadanya semata-semata untuk memburukkan DS Anwar termasuk Tuan Guru Nik Aziz demi kerana Najib. Hinggakan modal YB Zulkifli Noordin pun Ezam sesumpah curi bila dia berkata dia pun pernah disuruh DS Anwar buat akuan bersumpah untuk libatkan Najib dalam kes Altantuya. Tidakkah bersungguh mamat sesumpah itu?

Lagi pun, Ezam sesumpah anak Selangor dan baru-baru ini baru sahaja mendapat gelaran `pendekar silat' setelah `melutut' depan Muhyiddin. Walaupun `pendekar silat pulut' pengantin, Ezam tetap pendekar buat Umno. Tanpa diminta, bukankah Ezam sesumpah ini sanggup berikan keterangan kepada pihak Polis untuk membantu YB Zul? Besar pengorbanan Ezam ini walaupun tidak sebesar banglonya atau banglo Khir Toyo. Tidak kesihankah orang-orang Umno melihat pendekar sesumpah ini tiada jawatan apa-apa dalam politik? Sekurang-kurangnya naikkan lah darjat Ezam ini lebih sedikit dari kawan-kawannya seperti Zahid Md Arip atau Roslan Kassim yang berterusan menjadi pencacai sampai ke mati itu.

Sama-samalah kita melobi Umno agar mencalonkan Ezam sesumpah agar beliau boleh menyalak dengan lebih nyaring lagi. Tetapi, jika Umno masih juga berharap pada MIC, ini menandakan Umno sebenarnya sudah pupus di Selangor. Tidak dapat dibayangkan betapa amarahnya Presiden Perkosa Berahim katak jika Melayu Umno tidak berani bertanding di Hulu Selangor. Kali ini yang pasti mesti ada calon bebas akan ditaja untuk memberi nyawa kepada calon pilihan Najib. Paling menyeronokkan nanti apakah kita bakal menyaksikan Umno berkempen dengan memungut sisa-sisa bangkai yang keluar dari mulut `pelacur politik' yang ada beberapa ekor itu

No comments:

Post a Comment