ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 March 2010

khuatir boleh jadi sakit 1 malaysia......kami berhati-hati beri ubat...kata kakitangannya....!!!

Klinik 1Malaysia hati-hati beri ubat

Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa berhati-hati memberi preskripsi perubatan dan rawatan kepada pesakit, kata seorang penolong pegawai perubatannya.

"Sekiranya kita tidak boleh tangani (pesakit itu) kerana komplikasinya teruk, kita akan merujuk kepada klinik (lain) atau hospital.

"Menurut etika kedoktoran, kita kena rujuk kepada pihak yang lebih tinggi. Kita tidak biarkan pesakit begitu sahaja," kata Iszuan Cabrini Muhammad

Isnin lalu, Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) dilaporkan mendakwa, kajian terhadap klinik tersebut di Kampar mendapati terdapat kakitangan perubatannya yang tersilap memberikan ubat kepada pesakit.

Iszuan , 27, yang ditugaskan di Lembah Pantai berkata, tidak benar terdapat pegawai perubatan memberi ubat yang salah kepada pesakit kerana mereka hanya dibekalkan dengan ubat menurut skop tugas masing-masing yang terhad.

Beliau menambah, klinik 1Malaysia hanya dibenarkan merawat pesakit yang mempunyai masalah perubatan ringan seperti deman, batuk, selsema dan luka-luka kecil.

Menurut Iszuan juga, seorang pembantu pegawai perubatan hanya layak memberikan preskripsi dengan syarat mendapat sijil kelayakan dari kementerian kesihatan.

"Sekiranya tidak ada sijil ini, memang dia salah. Hanya yang ada sijil sahaja yang layak memberikan ubat, seperti yang dilakukan oleh pegawai perubatan," katanya yang berkhidmat sebagai pembantu perubatan hampir lima tahun.

Menerangkan pengoperasian di kliniknya, Iszuan berkata, sejak dibuka Januari lalu, mereka menerima kira-kira 80 hingga 100 orang pesakit setiap hari.

Lebih 4,000 pesakit telah mendapatkan rawatan di klinik tersebut sejak diperkenalkan Januari lalu, tambahnya.

Bagaimanapun, Iszuan berkata, setakat ini hanya tiga pegawai dan dua jururawat yang bertugas bagi setiap shif.

No comments:

Post a Comment