Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
26 April 2013
anjing UMNO tegakkan benang basah....imej sudah tercemar siapa mahu percaya....SPR mempunyai stor simpanan barang di Kajang, kata pengerusi
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sememangnya mempunyai stor penyimpanan barang dan peralatan pilihan raya di Sungai Chua, Kajang.
Sebelum itu, dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti badan penggendali pilihan raya memindahkan kotak undi menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
"Sungai Chua memang ada stor SPR," kata Abdul Aziz yang merupakan pengerusi SPR sebagai menjawab persoalan Anwar mengenai kotak undi yang diragui di lihat di satu kawasan di negeri selangor.
"Apa salahnya kotak undi dilihat dalam kenderaan yang mempunyai logo SPR? Kotak undi kosong. Saya pelik mengapa Anwar persoalkan tentang ini? Sekarang penghantaran logistik pilihan raya memang sudah berjalan. Bukan sahaja di Sungai Chua, di Perak, Kedah dan seluruh negara," tambah beliau sambil tertawa.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula mengatakan sebelum pengundian awal yang akan berlangsung pada 30 April ini, SPR sudah mula mengagihkan barang dan peralatan pilihan raya kepada pegawai - pegawai pengurus di seluruh negara.
"YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tak usah risau. Biasa kotak undi dilihat dalam kenderaaan berlogo SPR. Tapi kalau ada ternampak kenderaan lain yang bawak, beritahu saya, saya pun nak siasat," kata Timbalan Pengerusi SPR itu
Abdul Aziz turut menafikan dakwaan Anwar mengenai analisis daftar pengundi dilakukan oleh PKR yang mendapati terdapat 28,593 pengundi terdiri daripada warga Indonesia, Filipina, Pakistan, dan Bangladesh.
"Mana boleh. Bukan warganegara tak boleh jadi pengundi. Automatik sistem akan tolak".
Akan tetapi menurut Abdul Aziz, sekiranya terdapat warganegara asing yang telah lama menetap di Malaysia dan diberi kerakyatan, selepas mendapat kad pengenalan biru, mereka layak undi menjadi pengundi.
"SPR tidak akan tanya bagaimana mereka dapat jadi warganegara. SPR hanya akan semak dengan JPN, jika semuanya ok, SPR akan daftarkan, jika tidak, SPR akan tolak," tambah beliau lagi.
Mengenai ceramah Pengerusi Kebangsaan DAP yang dihentikan oleh pegawai SPR di Bukit Gelugor, Pulau Pinang semalam, Wan Ahmad mengatakan semenangnya terdapat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di setiap kawasan yang terdiri daripada seorang pegawai SPR, seorang pegawai polis, seorang ahli PBT dan setiap wakil calon.
"Mereka mempunyai kuasa untuk berhentikan ceramah tanpa permit. Selain itu, kalau penceramah kasar sangat, PPKPR juga boleh minta dia tone down sikit ertinya semua kesalahan dalam Akta Pilihan Raya," katanya.
Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.
penyapu sial
alahai anjing UMNO....bila nama SPR telah tercemar dan di anggap anjing UMNO...setiap pergerakan dan tindakan adalah mencurigakan...jangan lupa anda sendiri ahli UMNO...macam mana ahli UMNO boleh jadi pengerusi SPR...jika tidak berpihak dungu namanya...sedangkan SPR telah dengan terang2 terlibat dengan projek IC di sabah..sampai sekarang
lagi satu hal...isu ini jadi hangat sebab spr sudah tidak boleh di percayai...so betul ke kotak benar2 tu kosong..??..jangan lupa janji najib nak samun selangor sampai hilang nyawa...macam tanya pencuri...jawapan pun macam pencuri...apa apa pun boleh berlaku terutama bila sudah tidak di percayai lagi...
ramai rakyat asing jadi warga negara setelah lama menetap kita tak heran jika kredibiliti yang mencukupi...tapi sampai puluhan ribu apa kejadahnya kalau tidak niat menipu mengundi dalam PRU sebagai pengundi hantu....!!!
-
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...18 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...8 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




No comments:
Post a Comment