ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 April 2013

zul kolom cari penyakit di shah alam setelah jadi bacul di kulim....kah kah kah....!!!

Kehadiran zul kolom  akan ditolak pengundi Shah Alam kerana tidak mewakili nilai masyarakat kawasan tersebut. ini selepas pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak kelmarin  untuk meletak ahli politik ultra Melayu, kolom dibawah tiket gabungan tersebut pada pilihan raya 5 Mei depan.

Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa kolom adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu..

Kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan bersederhana, dan zol kolom  tidak mewakili nilai-nilai yang mereka pegang.

BN  di kritik kerana meletak calon bebas dan bukannya wakil daripada Umno, dimana ia isyarat jelas BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Calon Umno Datuk Abdul Aziz Shamsuddin tewas kepada Khalid pada tahun 2008 dengan majoriti 9,314.

Sebelum itu, pada tahun 2004 Abdul Aziz menewaskan dengan majoriti 13,410.

Kemasukan kolom (gambar) ke dalam BN bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan sebelum ini mengatakan beliau telah berkempen di kerusi bandar tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kempennya, Zol kolom  menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan anti-Islam kerana membenarkan bukan Muslim untuk menggunakan kalimah suci "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka. Kebanyakkan penganut Muslim di Malaysia mempercayai perkataan arab tersebut hanya ekslusif untuk mereka sahaja.

Sejak 2008, perubahan sokongan di kalangan penduduk Melayu Shah Alam terhadap PR terutamanya tentang pandangan gabungan pembangkang dalam beberapa isu kontroversi termasuk Kristian yang menuntut hak penggunaan kalimah "Allah" bagi merujuk tuhan mereka dimana kebanyakkan rakyat Malaysia mempercayai ia ekslusif untuk masyarakat Muslim...

Zul kolom juga sering menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa dengan kenyataan -kenyataan menyingung yang direkodkan dalam video serta tersebar luar.

Beliau juga mempertikaikan kesucian Sungai Ganges yang juga dikenali sebagai Ganga di India, dimana ia dianggap suci kepada penganut Hindu.

Isu terbaru adalah melibatkan kontroversi yang dilakukan naib presiden Perkasa tersebut yang baru-baru ini melabel masyarakat India sebagai "Keling"

Pengundi Shah Alam terdiri daripada 70 peratus Melayu.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

 

 

penyapu sial

 

pengundi shah alam pasti akan membuat zul terkolom buahnya sendiri...kah kah kah...!!!