ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 April 2013

awang adek gila jawatan MB buat fitnah kunun pembangkang di taja pihak asing...

gila meroyan awang adek yang tak menjadi...sekadar jadi tukang fitnah sana sini...kah kah kah

Calon BN di parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilihat benar-benar tersepit apabila berterusan melemparkan dakwaan fitnah terhadap PAS.

Semalam pula ketua Umno Bachok itu mendakwa kononnya pembangkang ditaja pihak asing dengan menyogok pengundi supaya menyokong parti terbabit.

Awang Adek dilihat benar-benar tersepit sehingga sanggup mengeluarkan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Selalunya Umno menuduh PAS kutip derma setiap kali berlangsungnya program ceramah bagi mengisi tabung parti, tiba-tiba sekarang beliau menuduh pula PAS bersekongkol dengan pihak asing.

Dana yang PAS guna hasil derma daripada rakyat dan inisiatif PAS Bachok dan Kelantan. PAS tidak pernah mendapat dana daripada pihak asing.

Tuduhan itu sangat bahaya. Baru-baru ini beliau mendakwa muslimat PAS menyogok wang sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno, sedangkan tiada bukti ditunjukkan..

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Awang mendakwa Kementerian Kewangan menerima laporan berkaitan bantuan dana asing bagi menyogok pengundi supaya mengundi parti pembangkang.

Sentimen murahan itu semata-mata hendak mengabui mata rakyat dengan mengeluarkan fitnah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Dakwaan Awang Adek adalah fitnah dalam usahanya melemahkan semangat jentera PAS di Bachok.

Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang juga bekas Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan tanpa bukti. Amat malang sekali rakyat Bachok memiliki pemimpin seperti itu..