ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 April 2013

salah guna amah vs salah guna UMNO-BN....menteri perogol amah halalkan salah guna kuasa UMNO-BN....Rais: Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan

contoh salahguna kuasa kerajaan sementara  haramjadah UMNO-BN...!!!!

salahguna kuasa rais sampai rogol amah...dah di buat laporan polis...pengadu pulak yang kena  dakwa...!!!

KUALA LUMPUR, 10 April — Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh berkempen barulah alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.

"Tetapi penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna," katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.

"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud...semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa," katanya.

Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik.

Rais juga berkata tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanya sekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Katanya berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.

"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya.

Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.

"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.

Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawah tiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka, walaupun terhadap pihak yang tidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.

Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama.

"...ini perkara besar...mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu. Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa membuat sesuatu yang beri panduan jelas," katanya.

Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada persatuan Karyawan dan 80 buah netbook 1Malaysia kepada para penghibur jalanan.

Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.

"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.

Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup. – Bernama

 

 

 

penyapu sial

 

 

Berbilion  ringgit telah di curi  dari rakyat oleh pemimpin-pemimpin BN, jadi  tiada masalah besar apabila mereka mengambil kesempatan daripada aset kerajaan. rakyat buta dan pekak badak  masih  terus memilih semula mereka bermakna mereka diberi lampu hijau untuk mencuri dan merompak negara. Jika anda tidak mahu untuk melihat perampas terus mencuri, sila membuang mereka keluar dari Putrajaya  dan humbankan ke dalam penjara Kajang.

Kita  mencadangkan agar PR mengumpul semua contoh-contoh pemimpin BN menggunakan jentera kerajaan dan apabila PR mengambil alih Putrajaya, mereka perlu menghantar saman kepada BN pemimpin-pemimpin yang boleh dikenakan dengan  tuduhan  penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, seseorang perlu merekodkan semua lawatan ke luar negara dan juga pelawat rasmi yang telah memberi hadiah kepada isteri Najib - ini semua mesti kembali ke perbendaharaan negara  ini kerana ia adalah harta kerajaan.

Rakyat perlu menentang ini dalam skala yang besar dengan melancarkan demo terhadap penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan parti.

No comments:

Post a Comment