ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 October 2009

BN rasuah tentera ...ajak berenang di kolam renang...!!!


Umno Barisan Nasional (BN) meyalahguna kedudukan sebagai kerajaan dengan berjanji dan menyogok pengundi pos tentera di Kem Kampung Sawah, Port Dickson.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi mendakwa pengundi pos di kem tersebut diumpan dengan pelbagai projek pembangunan di dalam kes tersebut, termasuk kolam renang, wi-fi percuma dan padang futsal.

Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan berkata askar-askar terbabit hanya dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini sekiranya mereka memangkah calon mereka Tan Sri Mohd Isa Samad.

Isa pernah digantung keahlian parti selama tiga tahun selepas didapati terbabit rasuah.

“Perbuatan ini jelas merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Seksyen 10) dan AKP dan Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, SPRM dan SPR untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihanraya sekiranya berpihak kepada BN,” katanya.

Dewan Pemuda Pas mempunyai bukti sogokan yang dibuat dan akan memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pilihan Raya dan badan berwajib dalam masa terdekat.

Pengundian undi pos di Bagan Pinang akan bermula hari ini sehingga 10 haribulan ini membabitkan 4,604 pengundi.

Kata Nasrudin, Pakatan Rakyat dan pemantau pilihanraya serta NGO mempertikaikan sistem pengundian pos dan telah banyak kali mendesak SPR untuk meminda peraturan pengundian pos termasuk menghapuskannya.

“Dewan Pemuda PAS mendapat maklumat bahawa wujud kemungkinan kertas-kertas undi tidak diposkan kepada pengundi-pengundi berdaftar sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali pilihanraya dan diundi untuk memenangkan BN.

“Kami telah ditemui oleh beberapa bekas anggota tentera yang tidak mahu identiti mereka didedahkan dan mereka menceritakan pengalaman mereka memangkah kertas-kertas undi sedemikian untuk memenangkan calon BN dalam pilihanraya yang lepas,” katanya.

Beliau berkata PAS sedang mendirikan operasi mengenalpasti penipuan undi pos dengan menggunakan Sistem Pengesahan Kehadiran Pengundi POS.

Sistem ini membolehkan petugas pilihanraya PAS mengesan kesahihan pengundian pos.

Selain itu, PAS juga menyediakan khidmat guaman percuma kepada pengundi pos di Bagan Pinang sekiranya terdapat mana-mana anggota tentera yang dikenakan tindakan kerana mengundi PAS.

tva

No comments:

Post a Comment