ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 February 2011

muakakakaka....Adik Ipar Bekas PM Britain Urus Kempen Anti-sepupu mubarak




Siaran Radio Free Sarawak, stesen radio yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London, demikian menurut laporan London Evening Standard.

Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.

Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.

Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan “peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas.”

Rewcastle Brown lahir di Sarawak sebelum negeri bekas jajahan British itu diserahkan kepada Malaysia. Dia tinggal di Sarawak sehingga berusia lapan tahun, kata akhbar itu.

Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.

Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.

The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.

Rewcastle Brown memberikan penerangan kepada Jaban: “Pastikan anda tanya dia soalan sama ada dia tahu bahawa Ketua Menteri Taib yang telah mencuri tanah mereka? Dan, tanya juga siapa yang dia akan mengundi nanti!”

Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.

“Bahasa Inggeris masih merupakan bahasa penyatuan di Sarawak dan saya menggunakan blog dan siaran ini untuk mendedahkan pembersihan hutan secara sewenang-wenangnya, di mana 95 peratus hutan di Sarawak sudah ditebang dan digantikan dengan ladang kelapa sawit, yang telah menjadikan Taib dan keluarganya kaya,” kata Rewcastle Brown.

“Apa lagi, siasatan saya menunjukkan wang keluarga Taib (juga) ada di sini, di London dan ini termasuklah hartanah mewah di tengah ibu negara (Britain),” katanya.

Dia menambah, pemimpin parti pembangkang, Baru Bian, seorang peguam hak asasi manusia yang karismatik, mendorong kepada perubahan yang sebenar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi, sungguh memeranjatkan hanya satu pertiga (rakyatnya) yang mendaftar sebagai pengundi dan kerajaan Malaysia yang berasuah tutup mata mereka kerana Taib sentiasa menghasilkan (kemenangan) Sarawak, negeri mereka paling kaya, kepada mereka,” katanya lagi.

Katanya, dia dan Jaban memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka selepas ugutan diposkan ke Sarawak Report dan kematian misteri ketua pendedah maklumat mereka di Amerika Syarikat.

“Sebelum Krismas, seorang pembantu Taib di Amerika Syarikat yang tidak puas hati dengannya, Ross Boyert, ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan beg plastik ditemui di bahagian lehernya.

“Inkues ini masih dijalankan tetapi diduga bahawa saya dan Peter juga kemungkinan berada dalam keadaan bahaya. Daripada berselindung, kami memutuskan untuk tampil (dan mendedahkan identiti),” katanya kepada London Evening Standard.

“Ironisnya, Taib dan orang-orangnya menganggap kami ini menjalankan operasi besar-besaran tetapi kami cuma lima orang dengan beberapa komputer bimbit dan sebuah set pengadun (nada). Kemajuan teknologi MP3 bermakna radio dengan gelombang pendek mudah untuk dikendalikan,” katanya.

Pada Disember lalu, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kontroversial juga dilaporkan menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetapnya.

Stesen itu mula beroperasi sejak pertengahan November lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan.

Menurut maklumat sebelum ini, Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz.

“Kami begitu efektif sehingga orang Taib sangka kami dibiayai oleh George Soros, yang yayasannya membiayai Radio Free Burma,” kata beliau merujuk kepada jutawan dari Amerika Syarikat itu.

Katanya, dia memulakan kerja-kerja itu dengan kos kurang daripada £10,000 (RM49,000) sebulan pada Oktober lalu.

Kemudian dia menjelaskan, mereka menerima bantuan kewangan daripada rakan-rakan yang tidak mahu diri mereka dikenali.

Bagaimanapun Rewcastle Brown sama sekali menafikan pembabitan Gordon.

“Bukan Gordon,” katanya.

“Sokongan dia hanya dari segi moral,” kata Rewcastle Brown lagi. -TMI



penyapu sial

PM-PM Malaysia tidak mahu gantikan Ketua Menteri Sarawak tetapi terus kelalkan Abdul Taib Mahmud ini sehingga sudah menjangkau usia pemerintahan Mubarak...
dah tentu mereka kaw-tim...dalam rampok duit rakyat....perompak semenanjung tak kan nak bior aje penyamun pulau borneo makan seorang....

masing masing punya motto....ko cover aku...aku cover ko....ko bagi makan aku...aku simpan rahsia busuk ko....!!!!

No comments:

Post a Comment