ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 February 2011

sepupu mubarak dan kroni kroni pukimaknya sapu dan tipu rakyat sarawak hidup hidup....!!!

Wang Peruntukan Hilang?

Petikan Dari Sarawak Report



Ketika Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan kroni-kroni pembalakannya memanipulasi tanah-tanah NCR milik masyarakat rumah panjang dan kampung, mereka juga menaburkan janji-janji yang sama. Mereka menjanjikan kemajuan dan pembangunan.

Kebanyakan orang tempatan tidak mendapat apa-apa dari pokok-pokok yang ditebang dan juga dari tanah-tanah NCR yang telah diasingkan dari kawasan yang telah dibuka oleh nenek-moyang mereka. Bagi mereka yang menerima pampasan beberapa ringgit, mereka hanya boleh membeli beras sekilo-dua sahaja. Namun, mereka diberitahu bahawa Taib akan memperbaiki hidup mereka dengan memberikan segala kemudahan yang harus ada di zaman moden ini seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24-jam, jalan-jalan raya yang baik dan berturap, sekolah yang kondusif untuk anak-anak mereka, hospital dan klinik yang dikendalikan oleh para pakar, peluang-peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan.


Namun, setelah 30 tahun, apakah yang dapat kita lihat dan nikmati? Apa yang kita tahu adalah Taib dan rakan-rakan penyangak pembalakannya telah menebang sebanyak satu setengah juta hektar hutan kayu keras tropika bernilai berbilion-bilion dollar US di Sarawak. Mahkamah-mahkamah di Malaysia pula sedang membantu orang-orang tempatan ini mendapat kembali tanah-tanah NCR mereka.

Tetapi orang-orang tempatan ini masih hidup serba kekurangan dan daif. Orang-orang tempatan ini tiada lagi hutan untuk membekalkan buah-buahan, makanan dan haiwan-haiwan buruan untuk membolehkan mereka menjalani hidup berterusan, dan sungai-sungai mereka yang jernih dan indah pula telah dirosakkan dan dicemari. Ikan-ikan sungai banyak yang mati dan hampir pupus, dan air sungai pula tidak lagi selamat untuk diminum dan memasak makanan ataupun kerja-kerja mencuci dan pembersihan.

Pengangkutan melalui sungai tidak lagi selamat kerana dipenuhi oleh rumpair yang hidup subur oleh baja-baja dari kawasan-kawasan perladangan. Sementara itu, pendatang-pendatang dari negera-negara jiran pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana sanggup diupah dengan murah, mana kala kaum lelaki orang-orang tempatan yang tidak berpeluang bekerja hanya duduk sepanjang hari dan ramai yang terlibat dalam kegiatan pengambilan alcohol yang tidak terkawal, yang mudah didapati dari kedai-kedai dengan tiada sekatan undang-undang kerajaan pimpinan Taib Mahmud.


Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dengan bilangan penduduknya yang kecil, dan penduduknya juga adalah di antara yang termiskin di negara yang telah merdeka selama lebih 40 tahun. 30 tahun dipimpin oleh Taib, Sarawak masih lagi tidak mempunyai akses jalan yang baik, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik 24 jam untuk semua penghuni rumah panjang dan perkampungan.

Anak-anak mereka yang baru berusia 7 tahun dipaksa berdikari dengan menghuni asrama di sekolah-sekolah yang berada jauh dari kediaman mereka – ada di antara kanak-kanak itu diperkosa oleh para pembalak dalam perjalanan mereka ke sekolah. Kemudahan kesihatan dan perubatan di negeri Sarawak juga sukar diperolehi atau dikunjungi oleh rakyatnya, seperti yang telah kami dedahkan dahulu.

Kadar kematian di kalangan kaum ibu semasa bersalin adalah 3 kali ganda dari kalangan ibu-ibu di negeri-negeri lain di Malaysia, dan 10 kali ganda berbanding dengan di UK dan Australia. Ke manakah pergi semua wang itu? Siapakah sebenarnya yang menikmati kemajuan dan pembangunan? Ketika Taib Mahmud akan meraikan ulangtahun ke-30 sebagai Ketua Menteri, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan beberapa gambar dan imej yang telah dihantar oleh pembaca-pembaca setia kepada Sarawak Report.

Taib bersaudara terdiri dari 10 orang , dan beliau mempunyai 4 orang anak dan ramai lagi ahli keluarga yang lainnya yang turut mendiami rumah-rumah mewah seperti beliau.

Keluarga-keluarga para kroni politik dan perniagaannya pula, di mana gambar-gambar rumah mewah mereka juga kami terbitkan di sini, adalah golongan individu yang paling bertuah yang telah menerima dan menikmati hidup hasil dari pemberian tanah-tanah NCR yang diasingkan dari NCR orang-orang asal, oleh Taib Mahmud sebagai ketua Menteri, juga selaku Menteri Sumber dan Perancangan, juga selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), juga selaku Pengerusi LCDA, dan jawatan-jawatan utama yang lain yang memberikan beliau segala kuasa ke atas Kerajaan Sarawak dan sumber-sumber asli negeri ini.



sumber...PAS Miri

No comments:

Post a Comment