ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 February 2011

tak perlu tentukan bagaimana Teoh Beng Hock mati...yang pasti beliau mati dalam tahanan SPRM....jadi suspek utamanya adalah SPRM

Tiada bukti Beng Hock melompat keluar



Penyiasat forensik polis, Mazli Jusoh Che Kob berkata, tiada bukti yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, tiada sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Mazli berkata demikian ketika memberikan keterangan di depan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Ekoran itu, satu inkues diadakan namun hasilnya tidak dapat ditentukan bagaimana cara beliau mati. Ekoran itu, satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasatnya.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Prosiding hari ini diberitahu oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa beliau tidak menemui apa-apa bukti yang dapat menunjukkan Teoh ada memegang bingkai tingkap ataupun duduk pada ruang tingkap plaza berkenaan sebelum ditemui mati di tingkat sembilan.

“Anda tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah bertindak keluar dari tingkap?” soal peguam Majlis Peguam Christopher Leong pada inkuiri hari ini.

“Tidak, tidak ada apa-apa (kesan),” jawab Mazli.

No comments:

Post a Comment