ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 February 2011

MINAT FESYEN - LOKMAN NOR ADAM AKAN DIUNDANG DALAM PROGRAM NONA TV 3 SUKU.....?



NAMPAKNYA seperti kehabisan modal bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam apabila bercerita pasal pakaian DS Wan Azizah sewaktu suami Presiden PKR itu menjadi TPM. Saya ingatkan dia mahu bercerita pasal betapa DS Wan Azizah ini sentiasa menutup aurat dulu, kini dan selamanya tidak seperti isteri PM yang dulu dan kini seperti Siti Hasmah, Hendon, Jean, dan yang kini Bik Mama.

Dalam ceramah di Bayan Baru kelmarin, Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" DS Wan Azizah. Tidak pula disebut berapa harga pakaian DS Wan Azizah, cuma dia menyebut gaya sahaja. Mungkin, beliau mahu isteri seorang TPM mesti `bergaya susah' atau berpakaian lekeh. Di dalam Islam, tidak salah berpakaian cantik atau mahal asalkan tidak keterlaluan dan menutup aurat. Apa yang dilarang oleh Islam adalah berpakaian membuka aurat seperti Bik Mama walaupun pakaian itu dibeli di kedai `Bundle', apatah lagi jika pakaian itu mahal dan hasil dari mencekik duit rakyat dan rasuah.

Nampak benar Lokman Nor adam ketandusan idea dan jahil sebagai orang politik. Jika berminat sangat untuk bercerita pasal pakaian dan fesyen, Lokman tidak perlu mengadakan ceramah politik. Beliau boleh meminta agar diberi ruang untuk bercakap pasal fesyen wanita di dalam program Nona di TV 3 Suku.

Begitulah jadinya bila seseorang yang sanggup menjadi `pencacai' demi untuk sesuap nasi. Orang seperti ini sudah tidak kisah dirinya nampak hina dan dungu, asalkan beliau rasa apa yang diperkatakannya boleh menyedapkan telinga `tuan' yang menyuapkannya makan. Di dunia lagi Allah sudah menghinakan orang seperti ini, di Akhirat kelak, Wallahu Aklam.


wfauzdin

No comments:

Post a Comment