ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 February 2011

TOLAK ISLAM ......JELAS MAHATHIR DAN UMNO YANG MENGKAFIRKAN DIRI SENDIRI...

SIAPA YANG KAFIRKAN UMNO, MAHATHIR ATAU NIK AZIZ ?



APABILA membaca Utusan Malaysia Online, sekali lagi Mahathir berjaya mempamirkan kejahilannya di usia yang semakin senja. Amat malang sekali, di usia sebegini Mahathir masih buta tentang Islam namun masih mahu bercakap tentang hukum Islam. Maka, memang tepatlah kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa orang seperti Mahathir yang masih setia kepada Umno ini adalah golongan Jahil.

Beliau cuba menafsirkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang sering menyebut bahawa barangsiapa yang menolak Islam itu adalah kafir. Itu jugalah yang disebut di dalam Amanat Haji Hadi suatu ketika dahulu. Tuan Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hj Hadi tidak pernah mengkafirkan orang-orang Umno, tetapi Mahathir mempunyai tafsirannya sendiri. Berikut adalah tafsiran Mahathir seperti yang dipetik di dalam Utusan Malaysia Online:-

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir (Utusan Malaysia Online).

Nah, lihat. Siapa yang sebut Umno Kafir? Bukankah Mahathir yang sebut? Saya mahu tanya Mahathir dan juak-juaknya, jika tolak Islam, apakah hukumnya? Masihkah beriman dengan Islam atau kafir? Jawab sendiri. Apa yang Mahathir sebut di atas, seolah-olah Mahathir mengakui sememangnya Umno tolak Islam. Jadi, penyokong-penyokong Umno patut marah kepada Mahathir.

Mengucap tiga Syahadah seperti yang Mahathir sebut itu adalah satu hujah paling bebal dari seorang bekas PM yang mengaku Islam. Beliau bukan sahaja jahil dari segi agama, bahkan jahil tentang dasar parti PAS yang beliau sendiri kenal lama dengan parti ini. PAS adalah sebuah parti atau wadah untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Tiada parti lain yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya di negara ini melainkan PAS. Bahkan, sekutu PAS seperti PKR dan DAP juga tidak meletakkan dasar sama seperti PAS tetapi mereka membantu PAS di dalam perjuangannya terutamanya di dalam nilai-nilai murni yang dituntut di dalam Islam seperti kebebasan kehakiman, penghapusan rasuah, keadilan dan beberapa nilai yang baik untuk sejagat. Ini tidak ada pada Umno jauh sekali dasar Islamnya.

Umno bukan sebuah parti Islam, tetapi sebuah parti sekular yang bersifat nasionalis. Islam di dalam Umno dihadkan di dalam beberapa perkara iaitu ditempelkan sepertimana wanita menempel gincu pada bibirnya. Berapa lama gincu itu boleh bertahan? Kena semangkuk sup, gincu itu akan hilang. Islam adalah Syumul, mesti dilasksanakan secara menyeluruh dan ini lah yang PAS mahu perjuangkan. Jika Umno tidak mahu menegakkan Islam, sekurang-kurangnya Umno menyokong usaha PAS ini tetapi ini tidak berlaku. Jika Umno tidak mahu bersama PAS, tetapi PKR dan DAP sanggup membantu PAS, apakah PAS mesti memilih Umno juga sebagai rakan semata-mata Umno itu parti Melayu?

Saya teringat apa yang diperkatakan oleh MP dari Shah Alam, YB Khalid Samad yang bertanya, jika ada kawan kita orang Melayu Islam mengajak kita pergi kedai arak untuk minum arak, di dalam masa yang sama ada kawan kita bukan Melayu Non Muslim mengajak kita kena teh tarik, agak-agak mana satu yang mesti kita ikut? Melayu Islam itukah atau bukan Melayu Non Muslim itu?

Apa pula kena mengena dengan tiga Syahadah seperti Mahathir perkatakan itu? Islam hanya mengucap dua kalimah Syahadah, beriman dengan Allah dan Rasulnya. Apa yang Allah suruh diikut dan apa yang Allah larang dijauhi. Rasul pembawa apa yang Allah perintahkan, selepas ketiadaan Nabi dan Rasul, maka para sahabat serta Alim Ulamak. Al-Quran yang sama digunapakai bukan Al-Quran yang ingin ditafsir semula seperti yang pernah Mahathir ingin lakukan dahulu.

Saya tidak hairan Mahathir boleh menghina PAS atau Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau suatu ketika pernah menghina Nabi dan hukum hudud. Siapa tidak ingat Mahathir pernah berkata, Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur. Jika Hudud dilaksanakan maka orang-orang Islam akan mundur kerana ramai tangan orang Islam akan dipotong. Saya tidak tahu samada Mahathir sudahj bertaubat atau belum atas perkataan beliau itu, tetapi saya berharap beliau sudah bertaubat kerana usia beliau di penghujung senja.

Jika Umno masih kabur dengan perjuangan PAS, adalah lebih baik Umno mengadakan muzakarah dengan PAS tentang Islam ini bukan muzakarah tentang perpaduan Melayu semata-mata atau berbincang hanya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sahaja. Silalah bermuzakarah, dan letaklah Al-Quran di tengah-tengah sebagai Hakim. Masalahnya, mahukah Umno? Jika tidak mahu, jangan salahkan jika ada yang mengatakan bahawa menyokong Umno itu sebagai Jahilliyyah.


wfauzdin

No comments:

Post a Comment