ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 February 2011

Bila ketua JAGA buat perangai busuk tutup mulut pelajar sesuka hati....memang kurang ajar dan biadap...apa lu bagi makan kat dia orang ke..???...jadi JAGA buat kerja JAGA jangan sibuk tumpang berpolitik....!!!

Sejak Bila Pegawai Keselamatan Boleh Gunakan Tangan Tutup Mulut Pelajar?



Seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadap seorang pelajar dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.


Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.



Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

Selain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.

Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Menurut seorang aktivis pro-M Sabri Jamaluddin mendakwa, seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadapnya dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.

Ekoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.

Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.

Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.

'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Kumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.



Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.

Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

Beberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.

Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.

Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.


Apakah Pegawai Keselamatan di IPTA ada hak untuk menggunakan tangannya di dalam menjalankan tugasnya dengan menutup mulut mahasiswa, apatah lagi di dalam keadaan pegawai keselamatan itu bercekak pinggang? Banyak besar kamu punya pangkat? Tinggi sangat kamu punya belajar sehingga boleh tunjuk lagak sedemikian rupa?

Apakah pelajar yang melakukan satu "sidang media", pihak universiti sudah merasakan begitu takut dengan aktiviti pelajar?

Biasanya pegawai keselamatan diambil dari bekas pegawai askar atau bekas pegawai polis yang tidak cerdik untuk senang dicucuk hidung. Walau pun dahulunya seorang pegawai tetapi kebolehan dan mentalitinya hanya di tahap menjadi JAGA saja. Semasa di ITM di awal tahun 70an dahulu ada seorang pegawai keselamatan yang cukup bangga dengan pangkat BER-nya. Garang tak tentu pasal. Mana-mana motor yang diletak sebarangan akan dipecahnya lampu belakang. Entah-entah sekarang ni dah mampus kut.

Yang ini 2x5 lah tu. Sombong tak tentu pasal tunjuk kuasa pada budak. Ingat-ingatlah sikit budak-budak itu student, kalau salah ditegur. Jangan layan mereka macam melayan orang bawahan kamu dahulu, pun budak-budak tu lebih pandai dan berilmu dari kamu. Dengan bini menikus macam .... confem dia ni ada masaalah peribadi ni ...

No comments:

Post a Comment