ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 February 2011

Hikayat katak katak yang melompat bagai cicak mengkarung...!!!!



Kisah keluar masuk parti Ada ketikanya melucukan.Pertama kalinya melalui proses tatkala matinya parti United Malay National Organitation dan tertubuhnya parti melayu semangat 46 (s46) dan United Malay National Organitation (Baru), dominasi Umno terumbang ambing dan terpecah dua. Satu dipimpin oleh dr M,satu lagi Kuli.Tanpa bercerita jauh kerana umum telah mengetahui sejarah ini walaupun tidak didendangkan atau tidak disubjekkan dalam mata pelajaran sejarah sekolah.

Waktu pesta pilihanraya tiba, akan adalah slot lompat-melompat. Ada penyokong PAS yang membenci Umno hingga ke tulang kering di sesetengah tempat melompat megah ke Umno Baru. Golongan ini tiba-tiba naik tocang, ke hulu hilir usung fail, kepit surat khabar, berbaju batek siang malam. Mereka rebut kuasai balairaya, JKK, ketua kampong hingga ke jawatan nazir masjid.

Mula menghidu projek kecil kecilan. Bagai kaduk naik junjung, lebih Umno daripada Umno. Sana sini merata kedai kopi mereka menjaja cerita parti lama mereka. PAS parti terompah, parti kutip derma, parti bulan bintang tak boleh guna jalan raya,naik unta!!! (mereka mabuk kuasa lalu tukar benci kepada PAS dan S46)

Tanpa prinsip kukuh, longgar Di tubuh atas sifat iri hati dan mahu berkuasa akhirnya s46 berkubur tanpa nisan.

Sejarah berulang lagi, Umno Baru pecah. Satu kumpulan Dr M, satu kumpulan lagi dipimpin Anwar Ibrahim yang melahirkan parti Keadilan. Sekali lagi orang melayu yang bermazhab umno Baru jadi lintang pukang. Ada yang kekal Umno Baru. Ada yang melompat ke Keadilan. Bekas s46 yang berkepentingan melompat semula ke Umno Baru. Ada ahli Umno baru yang melompat Keadilan jadi begitu hyper aktif.

Siang dengar kaset Anwar, malam dengar ceramah, bilang minggu turun reformasi. Mengatur strategi, adakan sesi penerangan kes Anwar. Pacak bendera depan rumah. dalam kereta tergantung gambar Wan Azizah, Nurul Izzah. T’shirt jenama pembangkang penuh satu almari. Di masjid lepas solat isyak mereka berbalas hujah. Tika ini pemuda Umno Baru lumpuh dan hampir mati. Geng anak muda semuanya bersama gelombang reformasi.

Jika s46 digelar parti melayu tulen dan mati pada desakan kebendaan. Keadilan pula bolehlah digelar parti rakyat, parti kebangkitan rakyat, bergerak melawan kezaliman yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. pernah tingga 1 kerusi parlimen. Yang pasti akibat desakan ugutan dan kebendaan juga ramai ahli dan pendokong Keadilan menempuhi nasib yang sama, melompat semula.

Kini upacara lompat melompat ini masih berterusan tiada penghujungnya dan berjangkit pula kepada kaum cina dan india. Baik ahli parti, pendokong parti, pimpinan…semuanya bebas melompat. Sifirnya senang – yang istiqamah, tahan dugaan, tahu prinsip politik, jika melompat ia akan kekal. Sebaliknya yang ada udang sebalik batu, ada agenda tersembunyi dan tiada prinsip jika melompat, ia tidak setempat. Mana-mana ada lubuk yang boleh cari makan kebendaan dia melompat dan mengeram.

Sesiapa saja dibenarkan melompat. Lompat melompat bolehlah dikira sebagai pencarian sumber rezeki (mengikut status dan kedudukan) mencari sarang selesa atau barangkali menambah koleksi sahabat dan musuh politik. Tidak ramai yang lompat berprinsip. On Jaafar melompat,Tunku khabarnya melompat. Kuli dan gergasi-gergasi tak bergusi s46 melompat-lompat. Dato Asri melompat. Nakhaie, Anwar Ibrahim melompat. Roslan Kassim, Ezam melompat-lompat. Zaid Ibrahim melompat-lompat. Fairuz,

Zaharin melompat. Zul Nordin melompat. Cuma satu, yang lompat- melompat itu sejarah politiknya akan tenggelam ditertawa rakyat. Buktinya…mari kita sama-sama cari di mana letaknya mereka-mereka ini di kamus rakyat kini. Tanpa mengadakan sidang akhabar pun, lama kelamaan dunia yang kian pantas tanpa selindung pasti mudah mengetahui sebab musabbab mereka lompat melompat.

No comments:

Post a Comment