ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 February 2011

Giliran Siapa Selepas Mubarak????.....UMNO-APCO bila lagi...?????



Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kuasa rakyat melepaskan jawatan sebagai Presiden Mesir selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun. Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.

Kejayaan dicapai tidak diperolehi secara mudah setelah nyawa dan darah rakyat menjadi galang ganti. Kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia.

Sejarah perjuangan rakyat Mesir khususnya melalui Ikhwanul Muslimin melalui episod ngeri sepanjang kekuasaan diktaktor Mesir ini serta pemimpin sebelumnya. Ribuan rakyat dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara. Mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

Siapa sangka, Hosni Mubarak yang menjadikan negaranya sekutu kuat Amerika dan Israel serta memiliki armada tentera yang cukup kuat dan canggih tumbang kepada kuasa rakyat yang hanya bersejatakan semangat dan keazaman untuk melihat keadilan dan reformasi serta tuntutan rakyat diberi keutamaan.

Kebangkitan rakyat sebelum ini di Tunissia kemudian merebak ke bumi Mesir dan masih bersemarak di Jordan dan Algeria memberi mesej yang cukup jelas kepada rakyat bahawa bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

Maka, rakyat seluruh dunia kini menunggu dan terus menunggu siapa pula selepas Hosni Mubarak? Ternyata janji Allah itu benar, kemenangan pasti datang dan kebatilan akan lenyap. Cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Ayuh para perjuangan kebenaran teruskan langkah dan pengorbanan...Kebenaran pasti datang

No comments:

Post a Comment