ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 February 2011

mula mula pakai singlet....lepas ni pakai seluar dalam pergi mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka....elok la tu...masing masing tak ada adat dan biadap....baru padan muka di malukan....!!!!

Tiada istilah lagi boleh digambarkan bila melihat gambar di bawah. Inilah yang dikatakan "kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan".



Apakah ini namanya adat atau satu penghinaan?. Wajarkah artis Bollywood si Shah Rukh Khan (foto) berpakaian begini ketika mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.


Malahan turut berada dalam sessi pertemuan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Lihat saja cara berpakaian beliau ketika mengadap Tun Khalil itu.

Apakah dek kerana beliau seorang artis terkenal maka dia tidak perlu mengikut protokol untuk berjumpa dengan pemimpin negara kita?. Bukankah Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan.

Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia.

Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara?.Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian.

Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?. Sepatutnya Kerajaan Negeri Melaka berhak menarik balik gelaran "Datuk" yang telah diberikan kepada beliau dulu, jika inilah balasan yang dihadiahkan semula.

Biar pun ketika kejadian Tun Khalil dipercayai sedang melawat lokasi penggambaran filem terbaru Shah Rukh berjudul "Don 2" diBandar Baru Sungai Udang semalam.

Namun itu perkara lain, dan sepatutnya kehadiran Yang Dipertua Negeri haruslah disambut dengan beradat. Mujurlah kemudian Pada lawatan tersebut, Tun Khalil dan Ali Rustam juga telah menghadiahkan beliau sehelai baju batik.

Anehnya, Kerajaan Negeri Melaka pula beriya-iya mahu membina sebuah studio dengan kemudahan produksi yang dikenali sebagaiStudio, Filem dan Televisyen Antarabangsa Melaka dengan kos bernilai AS$7 juta (RM21.3 juta) Ketua Menteri Ali Rustam berkata, studio itu akan dibangunkan dengan idea dan kerjasama pelakon terkenal Bollywood itu.

Menurutnya, perbincangan dengan pelakon Bollywood itu kini di peringkat terakhir sebelum satu rumusan diambil bagi merealitikan impian membina sebuah studio tercanggih di negeri ini.

“Pada dasarnya, Shah Rukh bersetuju bekerjasama dengan memberi idea dan pandangan bagi pembinaan studio yang dicadangkan di Rumah Media di Ayer Keroh. “Studio yang akan dibina ini bukan sahaja menyediakan kemudahan produksi tetapi juga akan menyediakan sebuah akademi untuk filem dan televisyen bertaraf antarabangsa,” katanya.

Mohd. Ali menambah, kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan bagi membiayai pembinaan studio tersebut.

“Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan studio itu akan mula dibina tahun ini. “Kita juga merancangkan untuk menerbitkan sebuah filem muzikal yang mana Shah Rukh Khan bersetuju untuk menjadi pelakon utama,” katanya.

Beliau menambah, dengan pembinaan studio itu ia dijangka menarik minat beberapa produser dari Bollywood untuk menggunakan kemudahan produksi selain menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran filem.

[Shah Rukh kini berada di negeri ini sejak 12 Februari lalu bagi menjalani penggambaran filem terbarunya Don 2 itu. Selain Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi turut menjadi lokasi penggambaran filem itu yang bakal ditayangkan di negara ini pada 23 Disember ini.

Pengajaran daripada insiden ini, nampak benar betapa hinanya pemimpin Melayu apabila terpaksa turun ke tapak untuk bertemu dengan seorang artis terkenal seperti Shah Rukh Khan.

Sepatutnya beliau dipanggil mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka secara protokol di pejabatnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kita pula terpaksa menyembah artis Bollywood itu. Persoalan kedua, kita masih ingat Tun Khalil ketika menjadi Menteri Penerangan pernah berjanji untuk membina sebuah studio perfileman ala Hollywood di Janda Baik Bentong Pahang.

Namun, ia tidak menjadi kenyataan dan kini mahu membina ala Bollywood pula di Melaka. Apa yang mengelirukan kita, sejak Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk", entah masa bila beliau menggunakan gelaran tersebut agaknya?.

Ini kerana, dalam filem-filem terkini beliau tidak langsung memaparkan gelaran "Datuk" didepan namanya ketika dipaparkan pada skrin. Maknanya, gelaran tersebut sekadar "hiasan didinding"semata-mata.


ppb

No comments:

Post a Comment