ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 February 2011

Kes Rais vs Sharpshooter....petanda buruk bila para pemimpin PR buat tak peduli....

Blogger Mohon Lanjutan Masa Untuk Fail Pernyataan Pembelaan Saman Rais



Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat apabila pihak-pihak berkenaan menemui hakim itu pada 17 Februari.

Berikutan permohonan itu, Hakim Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte. Sebelum ini, hakim menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan itu.

Pada 2 Februari, Rais mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. -BERNAMA



Lebih banyak yang bakal terdedah jika sharpshooter dan para blogger menghubungi Migrant Care dan pihak keluar Robengah di Indonesia.


Yang kedua, amat dikesalkan pemimpin PR tidak berbuat apa-apa untuk membantu blogger berkenaan.

Tatkala mana-mana pemimpin PR dituduh dan didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan, lazimnya para blogger PR sentiasa berdiri teguh membantu mereka, tetapi apabila blogger yang kena, para pemimpin PR tidak pula melakukan apa-apa.

Itu petanda buruk buat Pakatan Rakyat.


sumber... gb

1 comment:

  1. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,kesayangan allahswt akan diuiji dengan pelbagai dugaan yang mungkin memberi kehimpitan pada akal fikiran serta melonglaikan langkah kematlamat yang diimpikan oleh setiap wira keadilan.biarlah badai memukul sekuat mahunya tapi yang jangan sesekali direlakan akal dan roh yang merdeka tundok kepada serakah penjenayah yang berbentuk pelbagai rupa dan daya.doa kami senantiasa bersama insan yang menolak keingkaran serta kemungkaran terhadap hukum hakam allahswt.inshaallah petanda yang burok akan melahirkan bayangan yang indah.keperitan untok menelan yang pahit adalah penawar yang teramat tinggi nikmatnya.

    ReplyDelete