ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 February 2011

muakakakakka....Macam urus sekolah tadika.....UPM tarik balik keputusan, kekal kemenangan calon Pro Mahasiswa

Dalam perkembangan terbaru tidak sampai 24 jam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tunduk desakan pelajar dan memutuskan untuk menarik balik arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar yang dilabelkan sebagai kumpulan Pro Mahasiswa.

Beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu.

Keputusan itu disahkan Timbalan Naib Canselor (TNC) UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dengan keputusan itu, Pro Mahasiswa mendapat semula kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Ia sudah selesai, kita ikut keputusan pada 21 Februari lalu.

“Kita memang terima bantahan tapi dalam mesyuarat hari ini kita tolak semua bantahan itu, ia sudah selesai,” kata Dr Mohd Fauzi.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa induk UPM pagi tadi.

Justeru Mohd Fauzi meminta supaya kumpulan Pro Mahasiswa tidak membuat bantahan memandangkan perkara itu sudah selesai.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi MPP atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.




berita terdahulu....






UPM Hilang Akal, Batal Kemenangan Calon Pro Mahasiswa


Kesemua calon barisan Pro Mahasiswa termasuk 10 daripada mereka yang memenangi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) kelmarin dibatalkan kemenangan pihaknya atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa UPM, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, keputusan pembatalan kemenangan itu dimaklumkan melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Jelas Mohd Ramzul, kesemua calon Pro Mahasiswa yang bertanding dalam pilihan raya kampus 2010/2011 turut dibatalkan kelayakan bertanding.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Calon-calon Pro Mahasiswa walaupun gagal menguasai pilihan raya kampus UPM kali ini tetapi memperlihatkan prestasi lebih baik berbanding sesi lalu.

Salah satu syarat dikenakan sistem pilihan raya kampus ialah calon-calon tidak boleh bertanding secara berkumpulan atau berpuak.

Label Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tidak diiktiraf oleh pengurusan universiti-universiti awam.

Jika langkah itu disahkan bermakna pengurusan UPM mengulangi keputusan yang dibuat ketika pilihan raya kampus sesi lalu apabila tujuh calon Pro Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan mereka, antara lain kerana menggunakan media baru untuk berkempen.

“Kita di UPM calon yang menang seramai 11 orang tapi yang dibatalkan hanya 10 orang kerana seorang calon menang tanpa bertanding.

“Setiap calon dihubungi HEP malam tadi dengan mengatakan kemenangan dibatalkan atas alasan berkempen secara berkumpulan dan kita dikehendaki membayar RM100 jika ingin membuat rayuan,” kata Mohd Ramzul ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Katanya, pihak pengurusan HEP gagal menunjukkan resit pembatalan kepada calon Pro Mahasiswa sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia benar atau tidak.

“Kalau ada pembatalan mesti ada orang yang buat bantahan dan kena bayar RM100, kita minta nak tengok resit tapi pihak HEP tak bagi.

“Kita nak tahu siapa yang batalkan sebab kalau ada 33 calon bertanding bermakna mereka kena bayar RM3,300, tapi HEP tak bagi sebaliknya suruh kita buat rayuan dengan bayar RM100 setiap seorang,” katanya.

Mereka dibenarkan membuat rayuan sebelum 10 pagi ini.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. -TMI




penyapu sial

Pentadbiran U ingat Mahasiswa ni budak sekolah rendah agaknya? Mahasiswa dah buat keputusan, biarlah keputusan itu diadili sebaiknya.
Desak TNC HEP dan pegawai2 terlibat ditukarkan jawatan!!!

No comments:

Post a Comment