ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 February 2011

Umno Khianat, Hina Raja-Raja Melayu



Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.

Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.

lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.

Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.

Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas.

Yang menjadi persoalan kita ialah mengapa? Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar tidak dirundingi, dimaklumi, dan dihormati di atas pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan ini. Apa yang jelas akibat daripada tindakan dan mainan politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, Politik di Putrajaya yang menerima kesannya adalah Kerajaan negeri dan juga rakyat yang terbanyak di Negeri Selangor.

Kita pada hari ini dipaksakan tanpa kerelaan menerima seorang Setiausaha yang kemampuannya, saya tidak mahu sentuh sangat panjang lebar mengenai hal ini, kerana kita mempunyai adab dan sopan tetapi saya nak beritahu bahawa keraguannya diragui, banyak pihak yang meragui, yang mempertikaikan tentang kelayakan dari kemampuannya untuk membantu menguruskan Kerajaan Negeri.
Bahkan saya difahamkan dalam senarai awal untuk calon-calon daripada Kerajaan negeri pun tidak berada dalam kedudukan yang baik dan dalam senarai Putrajaya pula kedudukan nama ini adalah di peringkat kedudukan yang terakhir.

Tetapi oleh sebab adanya permainan politik di peringkat Putrajaya maka orang kerdil dan tidak cekap inilah yang menjadi pilihan di Putrajaya, soalannya mengapa?.. Sebabnya jelas Putrajaya memerlukan seseorang yang sanggup menjadi budak suruhan mereka bagi mengucar-ngacirkan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan.

Tuan politik mereka memberi imbuhan kenaikan pangkat, kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan bukanlah perkara baru dalam perkhidmatan awam di Negeri ini, contohnya Ketua Setiausaha Negara sekarang ini, beliau sendiri adalah menjadi budak suruhan kepada seseorang, kita tidak lupa bagaimana beliau pada satu ketika dahulu adalah merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri kemudian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, sanggup menjadi galang ganti kepada tuan politiknya, iaitu Ratu AP Malaysia, YB Rafidah Aziz daripada Kuala Kangsar, skandal AP yang heboh, satu ketika dahulu sehingga dikecam hebat oleh Ahli-Ahli parlimen daripada Barisan Nasional sendiri, menyaksikan beliau yang menjawabnya, sedangkan Ratu AP Rafidah Aziz yang menjadi Menteri yang bertanggungjawab cuba mengelak dengan pergi ke dalam pelbagai misi-misi lawatan di luar negara.

Akibat dari kesanggupan menjadi pak sanggup dan budak suruhan kepada Ratu AP, maka Tan Sri Sidek Hasan ini akhirnya, mendapat imbuhan kenaikan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Negara, walaupun pada masa itu, terdapat ramai lagi pegawai-pegawai kanan yang layak dan lebih kompeten daripada beliau.
Jelas di sini yang dicari bukanlah keupayaan, dan juga bakat tetapi kesanggupan menjadi budak suruhan kepada tuan-tuan politik. Mengenai, Tan Sri Sidek ini beliau memang terkenal dengan slogan NIKE kasut bola tu, slogan NIKE just do it, atau buat sahaja dan ini pernah mendapat teguran daripada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, kawasan Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad yang menegur beliau supaya tidak buat sahaja, tetapi lihat sama ada perkara itu boleh dilaksanakan ataupun tidak, perangai yang buat sahajalah, pada pandangan kita telah mengakibatkan perkara di Selangor berlaku sekarang ini.

Semangat federalisma dan semangat undang-undang tubuh, dilanggar dan dipijak-pijak si pak sanggup kepada Ratu AP Rafidah Aziz ini buat sahaja pelantikan SUK tanpa adap dan sopan apatah lagi untuk berlanya dan mendapat pandangan Ketua Kerajaan Negeri Selangor YAB. Dato' Menteri Besar.
Pindaan yang dibincangkan di dalam dewan yang mulia ini, saya yakin akan dapat mengembalikan semula, kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan negeri dalam pelantikan pegawai-pegawai utama di negeri Selangor, ianya juga akan dapat menyelamatkan

Ia juga akan dapat menyelamatkan kita dari terpaksa bekerja dengan mereka-mereka yang dihantar oleh Putrajaya pada masa-masa hadapan tidak kira siapa pun di Putrajaya. Urusan negeri biarlah negeri yang mengendalikannya.

Dalam kita membicarakan isu pelantikan ini terdapat juak-juak dan juga batu api yang cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri dan juga pihak istana. Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan Kepimpinan Kerajaan Negeri dituduh sebagai penderhaka oleh Awang Selamat daripada Mingguan Malaysia, oleh UMNO, oleh pendukung-pendukung UMNO dan PERKASA yang mana mereka menggambarkan seolah-olah kita Kerajaan Pakatan Rakyat ini tidak menghormati pihak lstana.

Pihak PR  sendiri  pernah  difitnah dengan buruk oleh juak-juak puak-puak ini.  lnilah masalahnya ketua pembangkang kita di Selangor, ada gelaran Doktor tetapi kita tak fikir internet pun beliau tak mampu nak buka. ltu sebabnya beliau tak baca.

Kalau dibaca secara ilmiah ia akan menjadi satu ilmu yang boleh kita kongsi bersama. Tetapi kalau kita baca mengikut ruang lingkup kepala politik kita maka perkara ini boleh dipolitikkan. Jadi kita gesa kepada Ketua Pembangkang dan sahabat-sahabat kita daripada Barisan Nasional, buka dulu, baca dulu, teliti dulu kemudian barulah buat rumusan apakah benar ada penderhakaan di situ yang sebut penderhakaan ini Utusan Malaysia.

Yang sebut penderhakaan ini Awang Selamat. 2 hari bulan Januari penuh muka surat itu tajuknya tidak ada lain adalah biadab di Selangor  Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan  yang Berhormat Ahli Parlimen Serdang.

Tidak adakah benda lain yang boleh Utusan Malaysia ini tulis bagi membuka minda rakyat kita di Negeri Selangor ini hingga terpaksa menggunakan perkataan-perkataan biadab, kurang ajar, sopan yang tidak sopan yung ditujukan kepada ahli-ahli Dewan.

Dalam apa yang kita katakan sepanjang dalam isu ini tidak ada satu perkataan pun, perbuatan  pun yang boleh ditakrifkan sebagai menderhaka kepada Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang berlaku ialah kita menyanggah watak-watak Pateh Karmawijaya, watak-watak si kitol dan juga watak-watak Raja Mandaliar yang cuba menggunakan lstana untuk mencapai agenda jahat mereka dan dendam kesumat mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment