ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 February 2011

bekas bekas aje yang di dakwa...macam pondan pengamal undang undang negara kanggaroo 1 malaysia....MB negeri sembilan takut nak dakwa ke..????

Bekas Setiausaha Politik Menteri Dituduh Miliki RM2.13 Juta Wang Haram


Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.




Gambar: Anggota SPRM membawa bekas Setiausaha Politik Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar ke Mahkamah Butterworth hari ini. - Foto Rosli Ahmad

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Feb tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya -- BERNAMA


jerung celaka yang seekor nie ...tak nak dakwa ke...???....putar alam punya undang undang...?????

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

“Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit juta-juta ke luar negara. Rosmah hanya sebab tak cukup duit shopping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni,” kata Badrul Hisham Shaharin,

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara.

Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

“Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi.

26 0ctober lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan.


penyapu sial

Ini yang dapat ditangkap,yang belum dan tak dapat ditangkap,agak macam mana punya kaya lagi.Dan yang dapat dikesan wang yang ada dalam simpanan dirumah,bagai mana pulak yang tersimpan diluar negeri?Dan yang tertangkap berjawatan S/U Politik Menteri,bagai mana pulak agaknya kalau Menteri dan Perdana Menteri,dulu dan sekarang.Malaysia dah koyak-rabak.

No comments:

Post a Comment