ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 February 2011

Masalah Dalaman Umno Sudah Terselak



Ahmad Maslan bimbang akan berlaku sabotaj kepada calon yang akan terpilih kelak. Maklumat terkini menyatakan terdapat tujuh kem yang melobi untuk menamakan salah sorang dari tujuh nama yang disenaraikan. Nampaknya budaya 'cah keting' masih dibimbangi akan berlaku dalam pilhanraya N27 Merlimau akan datang.

Dipetik dalam laporan Bernama , beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Jika berlaku budaya cah keting di Merlimau maka keadaan itu samalah yang pernah dilalui oleh YAB Ketua Menteri Melaka sendiri yang di 'cah keting'daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO sebelum ini. Jika tidak pastilah beliau akan menang menewaskan YB Muhyiddin Yassin kerana beliau dikatakan calon paling popular serta akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Malaysia. Akhirnya beliau didapati bersalah dalam kes melibatkan suapan rasuah dan digantung dalam parti pula semuanya akibat budaya 'cah keting' dalam UMNO.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac ini jika ada pertandingan.

Pada pilihan raya 2008 lalu, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. [mzz]/pprm

No comments:

Post a Comment