ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 February 2011

ANWAR: UJIAN ATAS SAYA KECIL SAJA




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya. Justeru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.

“Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.

Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.

Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.

Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.

“Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.

“Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.

“Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan,” kata Anwar dalam perutusan itu.

Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.

“Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T,” tegas Anwar.

Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.

Maksud surah itu adalah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”

HarakahDaily

No comments:

Post a Comment