ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 February 2011

PARTI KOMUNIS PUN TAK BUAT MACAM NIE...BEBAL BERPOLITIK... UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU




Dengan kehangatan pilihanraya kecil Merlimau yang semakin memuncak, PAS Jasin dilaporkan hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung salah guna oleh kerajaan BN dan Umno yang didakwa mereka menggunakan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakan parti pemerintah itu.

Bilik gerakan tersebut ditubuhkan bagi menjalankan pelbagai program sempena dengan kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang sudah pun bermula walaupun belum lagi hari penamaan calon menjelma.

Laporan tersebut telah dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau. Beliau memaklumkan bahawa PAS dengan tegasnya menolak tindakan salah guna harta milik rakyat dan tindakan Umno itu dianggap sebagai tidak bertamadun.

Bukan itu sahaja, apabila Umno menggunakan harta awam untuk kegunaan mereka, ia adalah tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakan mana-mana premis awam di kawasan tersebut.

Jasme turut mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang dilaporkan telah membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.

Beliau mendakwa bahawa ramai pelajar yang melaporkan telah terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu.

Antara yang mengiringinya untuk membuat laporan polis ialah ADUN Banda Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin (gambar).

Jasme yang juga disebut-sebut bakal menjadi calon PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau turut memberitahu antara program yang dijalankan Umno dan BN yang terbaru adalah pelancaran jentera pilihan raya BN pada 24 Januari lalu oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

Selain itu, majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama dengan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Razak turut diadakan pada 19 Februari lepas di tempat yang sama.

Tambah Jasme lagi, disebabkan premis Politeknik itu akan digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, ini jelas nampak satu ketidakadilan membenarkan Umno menggunakannya kelak bagi memanipulasi serta mensabotaj PAS.



sumber....-KLToday.com

No comments:

Post a Comment