ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 January 2011

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf dan pegawai yang terlibat semasa beliau terbunuh di gantung tugas sementara menunggu hasil siasatan suruhanjaya di raja...!!!



Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.

Tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.

Kita  mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah...

Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Kita juga  mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.

Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini,....

Ekoran itu juga, turut di cadangkan  supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sementara itu, mengulas isu sama, penghakiman terbuka tersebut telah menolak teori SPRM bahawa kematian Teoh disebabkan bunuh diri.

Kenyataan bodoh SPRM tentang bunuh diri kini satu penipuan. Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab....

Inkues yang telah berlangsung selama 18 bulan tersebut diibaratkan banyak pihak sebagai membazir waktu kerana kes tersebut masih tergantung.

Keputusan inkues semalam turut memberikan tamparan hebat kepada keluarga Teoh yang telah menunggu sekian lama untuk mencari jawapan terhadap kematian Teoh.

Keputusan inkues yang telah menidakkan teori bunuh diri dan mengesahkan terdapat kecederaan pada Beng Hock sebelum jatuh adalah satu bukti kesalahan pada pihak SPRM dan polis dan juga satu munasabah yang kuat untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock....

Sementara itu,di laporkan  bahawa kemungkinan besar kabinet Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja minggu hadapan selepas perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

No comments:

Post a Comment