ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 January 2011

pulak dah...Pembantu rumah nafi pernah diperkosa menteri Malaysia....di rasuah berjuta juta rupiah atau di ugut nie!!!!



Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.

Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.

“Sudah ada keterangan langsung dari pembantu rumah itu dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja dengan keluarga majikan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak senonoh,” kata Jumhur dalam kenyataan kepada detikcom.

Jumhur berkata empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Semarang itu telah mengadakan pertemuan dengan pembantu rumah itu dan suaminya.

Pembantu rumah itu telah memberitahu keempat-empat petugas itu bahawa beliau bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Rais dan Datin Seri Masnah Rais, kemudian kembali ke kampungnya di provinsi Jawa Tengah.

“Saya juga sudah melaporkan penjelasan pembantu rumah itu kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar,” kata Jumhur.

Jumhur meminta semua pihak agar berhati-hati dalam soal kes dakwaan kononnya berlaku pemerkosaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh Menteri Malaysia itu, “sebab, ini melibatkan nama baik pembantu rumah itu bersama keluarganya, yang

masa ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya”.

Di KUALA LUMPUR pada Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama



penyapu sial


Rice, boleh coverup tetapi Tuhan mahu tahu dan maha Besar jangan lupa hari kiamat dan akhirat semua manusia akan bertemu dengannya segala perlakuan dosa akan dihakimi dan dijatuhkan hukuman, sekarang Najib boleh tolong Macc ke siapa pun tetapi pada hari perhitungan didepan malaikat pun tentu sesiapa pun tak boleh lepas,fitnah Anwar terang-terang, dan bulat- bulat bolih terima dan disiasat ikut undang- undang tetapi orang sendiri diberi perlindungan, ini kah keadilan namanya dimata pemerintah sekarang .

Fitnah DSAI betul, tapi kalo Menteri BN, semuanya palsu...Saya pun tak heran lah...Hang duit banyak dan si indon tu pembantu rumah...setakat bagi duit juta juta rupiah ngan umah sebiji kat Indon, mana dia nak ngaku....

Perlu diingat kes Anwar masih lagi dalam siasatan dan mahkamah pun belum memutuskan dia bersalah atau tidak tapi malangnya segelintir manusia yang amat bencikan Anwar awal-awal sudah bikin gossip sana sini mengatakan beliau bersalah. Ada patut ka itu macam?

No comments:

Post a Comment