Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
24 May 2013
cubaan tutup peyelewengan dan penipuan pru...dengan lagak samseng....zahid hamidi guna akta zimbabwe melalui KDN rampas akhbar ketiga tiga parti....!!!!

Akhbar milik parti Pakatan Rakyat (PR) PAS, PKR dan DAP dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kawasan di seluruh negara.
Harakah milik PAS, Suara Keadilan milik PKR dan The Roket milik DAP dirampas oleh pegawai-pegawai KDN di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah.
“Ya Harakah dirampas di beberapa tempat pagi ini,” kata pengarang Harakah Zulkifli Sulong .
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan “GST hadiah BN untuk rakyat”.
Portal Harakahdaily melaporkan Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang mengatakan kelmarin beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar. Di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.
Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.
“Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak,” katanya dipetik dari Harakahdaily.
KDN mengesahkan menjalankan operasi menguatkuasakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 dan merampas sebanyak 1,408 Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70 The Rocket.
“Tindakan penahanan ini diambil atas kegagalan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 di bawah Seksyen 5 iaitu Kesalahan Untuk Mencetak, Mengimport, Menerbit Akhbar Tanpa Permit, tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli-ahli sahaja seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri,” kata KDN dalam satu kenyataan petang ini.
“Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sebelum ini.”
Kelmarin ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kesemuanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
penyapu sial
taktik macam ini dah biasa di buat di zaman mahatahi...kita nak tengok berapa lama dia boleh tahan untuk merampas akhbar2 pembangkang...dia pikir rakyat bodoh sangat nak tunduk dengan telatah samseng zahid hamidi..
internet ada no hal punya...boleh dapat banyak info walau pun begitu teruk dia nak sorokkan fakta sebenar...kalau dia cuba tutup saluran internet...dia bakal tanggung akibat dari perbuatan terkejinya...tunggulah...suara dan kuasa rakyat ada di mana mana...
-
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...18 years ago
-
-
-
-
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...12 years ago
-
-
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...5 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...10 years ago
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...11 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...12 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...13 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-




KEZALIMAN LAWAN KEBENARAN,REGIM SEKUTU APCO MENGAMUK DENGAN KUASA HARAM JADAH! YA ALLAH BINASAKAN LAH REGIM ZALIM TANPA PERI KEMANUSIAAN AMIIN !
ReplyDelete