ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 May 2013

datuk seri anwar ...jangan bersara dulu...usahakan dulu supaya kerajaan UMNO-BN yang kuat rasuah dan menipu di bersarakan dulu dari arena politik negara....!!!!

Proses pilihan raya kali ini penuh dengan penipuan dan kita  mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Ini kerana keputusan pilihan raya kali ini masih lagi diragui dan persoalkan.

Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan 89 kerusi Parlimen berjaya diperoleh Pakatan Rakyat (PR), dimana DAP mendapat kerusi terbanyak dengan 39 kerusi, PKR pula 30 kerusi dan PAS sebanyak 21 kerusi.

Sebelum ini  ketua umum PKR , Datuk Seri Anwar ibrahim  telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas pilihan raya kali ini tetapi  masih belum membuat keputusan secara  rasmi setelah  melihat kepada  kepincangan pilihanraya  di di kendalikan oleh SPR yang  mana  berat sebelah  dan penuh penipuan.

Oleh  kerana  itu   beliau  memerlukan  sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih di sebabkan  pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.

Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.

BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.

BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.

No comments:

Post a Comment