ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 December 2010

dasar penyamun untuk Isi Kantung PRU-13....!!!!



Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba malam tadi bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun depan.

Tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut.

Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran dunia.

Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan.

Apa yang memusykilkan , kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku.

Dari segi pertukaran asing, Ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh.

Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikkan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia.

Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan tujuan mengadakan pilihanraya..

Kita telah menjangkakan kenaikkan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi.

Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai.

Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang.

Contohnya adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat.

Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, ok lah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna.

Kita lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut,....

Semalam, kerajaan Umno-BN membuat keputusan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.05 menjadi RM2.15 seliter yang berkuatkuasa tengah malam tadi.

No comments:

Post a Comment