ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 December 2010

UMNO PENYUNDAL YANG TAK SEDAR DIRI.



Saban hari akhbar Utusan Malaysia (UM), RTM, TV3 dan sekali sekala Berita Harian (BH) dan Sinar Harian tumpang sekaki menjadikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) macam cabai yang dicampur dengan belacan dan ditumbuk, digiling dan dihentak lumat-lumat untuk dijadikan sambal . PKR dicincang dan digodam secukupnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) `ditikam bertubi-tubi’ diaib dan diberi gambaran yang paling buruk. Malah Setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan barisan kepimpinanya tidak seteruk gambaran mereka kalau dibanding dengan DSAI .

Bagi media ini ,khususnya UM, RTM, TV3 dan BH, lagi lumat dihentak atau ditumbuk lagi `syuur’ . Itulah kerjabuat UM, RTM TV3 dan BH sejak kekalahan UMNO/BN pada pilihanraya 2008 lagi. PKR sentiasa dijadikan papan target. Sehingga berita yang dicakap di kedai kopi oleh `ahli mesyuarat tingkap’ (istilah dalam filem Do Re Me) tentang keburukan PKR dijadikan berita utama. Apatah lagi berita tentang DSAI, sudah dijadikan tajuk utama media `pak yek’. Kini setiap hari sejak PKR mengadakan pemilihan parti baik peringkat cabang hinggalah ke kongresnya , berita besar.

Ya, kita akui PKR sering dilanda krisis kepimpinan. Memanglah sebagai parti baru (walaupun dah satu dekad usianya) semestinya ada yang tidak kena. Tapi teruknya PKR, kalau dikatakan teruk, tidaklah seteruk UMNO. Parti orang Melayu (termasuk mamak, tak kiralah mamak tongkang atau mamak nasir kandar atau mamak botol) yang dikatakan paling tua di Malaysia itu (UMNO) amat teruk dan geli geleman bila krisis. Kekalutan mereka, krisis mereka, berjela-jela hingga menyaksikan ramai pemimpin kiri dan kanan keluar parti.

Tak percaya? Kenapa pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar (Tok Wan Hishamudin Tun Hussein juga Tok Penakan Datuk Najib, PM lani) lari keluar UMNO dan tubuh Parti Negara? Kenapa Ketua Penerangan UMNO, Allahyarham Suleiman Palestin cabar Presiden UMNO ketika itu, Tun Husein Onn untuk merebut jawatan tertinggi parti itu? Walaupun tewas tapi Suleiman mampu kaut sekitar 200 undi? Ketika itu jumlah perwakilan sekitar 800-1000 sahaja. Justeru jumlah yang dikaut oleh Suleiman cukup banyak. Sudah tentu Tun Hussein Onn menanggung kemaluan!




Dunia juga tahu yang bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman, PM ketiga, Tun Hussein Onn juga keluar dari UMNO dan meninggal dunia luar dari kepompongan UMNO. Lagi teruk mantan Perdana Menter Tun Mahathir tiba-tiba menangis terisak-isak atas pentas (juga dunia menjadi saksi) mahu melepas jawatan Presiden UMNO? “Dah lama dah…..dah lama dah….” Tersebak-sebak tangisanya di pentas PWTC pada hari terakhir Persidangan Perwakilan UMNO. Ketika itu meluru Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz kepada Tun Mahathir dan bertanya, “Why….why……” Datang pula bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Azlina Othman Said juga ntra orang yang pertama ke belakang Tun Mahathir dan menjerit pula si mamak Zainuddin Mydin “ Ini bukan sandiwara….ini bukan sandiwara.” Pelik, siapa yang mendkwa sejarah atas pentas PWTC petang tu sebagai sandiwara? Bukan itu krisis kepimpinan namanya?

Krisis UMNO yang paling parah dan runtuh rumah tangganya bila parti itu diharamkan oleh Mahkamah Tinggi dan terpaksa dibubarkan. Bukan itu krisis namanya?. Lebih kronik dari kronik. Lebih busuk dari yang busuk. Bila keadaan sedemikian mereka terpaksa tubuh UMNO Baru. Mereka terpaksa menambah perkataan `Baru’ di pangkal perkataan UMNO, kalau tidak parti itu tidak benar ditubuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Makna kata UMNO yang ada sekarang ialah UMNO baru yang lahir pada 1988 bukan UMNO yang lahir pada 1946. Umur UMNO sekarang baru 22 Tahun cik oi! Bukan 64 tahun umurnya seperti yang didakwanya! Pengharaman UMNO disebabkan dicabar oleh 11 orang kampung yang tidak tahu pakai bush jaket, tali leher, kot di mahkamah kononnya persidangan UMNO tahun 1987 tidak sah. Cabaran mereka diterima oleh mahkmah pimpinan Harun Hashim. Secara langsung terbubarlah UMNO. Dan ghuyub ditelan kubur.

Pada masa yang sama juga Tengku Razaleigh keluar UMNO dan tubuh parti baru yang dinamakan Semangat 46, mengambil sempena tahun penubuhan UMNO 1946. Kot-kot ahli-ahlinya akan memiliki semangat perjuangan orang-orang Melayu seperti tahun 1946 yang menentang British. Itu bukan krisis namanya?

Sebelum itu ketika kempen pemilihan Presiden UMNO, Ku Li menentng Tun Mahathir? Bukan itu krisis namanya. Setiap `coffee house’ di Kuala Lumpur penuh sesak dengan geng-geng Tun Mahathir dan Ku Li. Masing-masing menyusun strategi.

Itu buka krisis kepimpinan? Dan ketika berkempen , tibai menibai antara satu puak dengan satu puak. Hebat ketika berkempen. Sehingga menggeletar seluruh nadi orang Melayu. `Melayu tutuh Melayu’ `Melayu maki Melayu’, `Melayu londeh Melayu’.Ketika itu lahirlah Team A yang dipimpin oleh Tun Mahathir dan Team B dipimpin oleh Ku Li. Turut keluar ikut jejak Ku Li termasulah `trompet UMNO’ sekarang Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Datuk Saberry Chik, Datuk Manan Othman, Datuk Azmi Ibrahim, Datuk Tajudin Rahman, dan ramai lagi. Tun Abdullah Badawi tak istihar keluar UMNO tapi sokong Team B. Kadir Sheikh Fadzir (berjawat menteri ketika itu) juga tak istihar keluar UMNO ketika itu juga sokong Team B. Apakah itu bukan krisis dan parti yang kronik?

Datuk Dr Rais Yatim tidak segan silu terus mengumumkan yang dia sudah `membakar jambatan’. Maknanya dia sudah keluar UMNO. Dia dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

PAS juga pernah berkrisis. Tetapi keluarnya Presidennya Allahyarham Datuk Asri Haji Muda, `Pangkima Jihad’ Datuk Hassan Adli, dan beberapa lagi, namun PAS tetap PAS dan bertambah kuat dengan pemimpin–pemimpin yang ada terus bertekad berjuang untuk mempertahankan objektif dan misi parti. Datuk Mohd Nasir, mantan Menteri Besar Kelantan juga keluar PAS dan tubuh BERJASA. Hal ini pernah diakui sendiri oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu ketika berceramah dihadapan lebih 5,000 orang di Guar Perahu, Pulau Pinang.

DAP juga penah berkrisis. Pemimpin utama DAP seperti Ooi Hock Guan dan Fan Yew Teng pernah meninggal parti. Tan Sri Lim Lam Tye orang kuat DAP satu ketika pernah meninggal parti dan dalam satu sidang akhbar menangis bila mengumumkan untuk keluar parti. Itu bukan krisis kepimpinan?

Tapi krisisnya PAS dan DAP juga PKR tidalah sampai parti itu diharamkan seperti UMNO. Apakah pengikut-pengikut UMNO buta sejarah? Lupa akan sejarah hitam UMNO? Kalau nak ditulis tentang kepincangan kepimpinan UMNO yang lentang pukang memang berjela-jela. Cukup sekadar untuk dibandingkan krisis kepimpinan parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat dengan parti-parti dalam Barisan Nasional.

Parti Progresif Rakyat (PPP) terus berkrisis kepimpinan hingga hari ini. Orang ramai tertanya-tanya masih hidupkah PPP? Apa jadi dengan M Kaveas? Bagaimana pula dengan T Murugiah. Yang ni kata dia Presiden. Yang nu kata dia pemimpin utama. Bukankah pelik namanya?

Krisis kepimpinan MCA lagi hebat dan amat teruk. Ingat nama Neo Yee Pan?, Tan Kwoon Swan? Lee San Choon? Mereka juga berperang dengan masing-masing ada geng. Timbalan Perdana Menteri ketika iu, Tun Ghafar Baba terpaksa menjadi orang tengah ketika MCA berkrisis untuk menyelesainya. Itu sejarah.

MIC tidak pernah berkrisis? Hah puak-puak ni lagi teruk. Parti mana yang memulakan baling membaling kerusi bila bermesyuarat? Krisis teruk MIC pada akhir 60an dan awal 70an bila wujud dua puak: Puak VT Sambanthan dan Manikavasagam. Kedua-dua ada pengikut. Berperang mereka bagaikan nak rak. Akhirny Sambantan undur dan diambil alih Manikavasagam sebagai orang nombor satu MIC. Ketika Samy Veloo memimpin , krisis kepimpinan wujud lagi. Keadaan lebih parah bila Pandithan keluar parti dan menubuh parti baru, Indian Progresif Front (IPF). IPF bagaikan melukut di tepi gantang. Buat kerja bagaikan lembu untuk mendapat peluang menganggotai BN. Tapi Samy Veloo tidak berkenan dengn IPF dan tidak mahu parti itu menjadi kerabat BN dengan alasan golongan Tamil hanya perlu satu suara atau satu parti dalam kerajaan kerana dakwanya cara ini suara orang Tamil lebih kuat.

Gerakan juga pernah berkrisis sehingga pemimpin-pemimpin utamanya keluar parti. Antara yang keluar parti termasuklah pengasas parti seperti Allahyarham Prof Dr Syed Hussein Al Atas, Prof Syed Naquib, Mustaffa Hussein, Tan Chee Koon.

Itu antara krisis kepimpinan UMNO dan lain-lain parti kerabat BN. Kita tidak boleh membohongi sejarah. Tapi pemimpin UMNO mampu memadamkan sejarah. Mereka lupa bahawa UMNO lebih teruk krisisnya sehingga membawa tikaman maut. Yang membunuh UMNO (keputusan mahkamah) hanya golongan akar umbi mereka yang tidak berpendidikan tinggi (Tapi ada dalangnya). Krisis kerabat Pakatan Rakyat tidaklah sampai hingga parti mereka diharamkan oleh mahkamah seperti UMNO.

Inilah bangangnya UMNO yang buta sejarah. Mereka hanya asyik mengadudumba parti Pakatan Rakyat khususnya PKR. Bagi mereka PKR adalah bisul dan duri dalam jantung mereka, dalam perut mereka, dalam jubur mereka. DSAI bagaikan onak dan racun dalam kehidupn mereka.

Tapi selagi parti-parti Pakatan Rakyat ditekan, dan selagi DSAI difitnah dan dicaci serta dihina selagi itulah Pakatan Rakyat akan lebih matang. Segala dakwaan UMNO/BN terbukti yang mereka (UMNO) sendiri menelanjangi dan membogelkan mereka sendiri. Semua dakwaan mereka terhadapn pemimpin dan dasar kepimpinan Pakatan Rakyat menjadi bola tanggung untuk rakyat (khasnya penyokng Paktan Rakyat) melibas muka mereka kembali. Selagi ada matahari dan bulan selagi itulah perangai haprak UMNO, parti lentang pukang yang tebal muka pemimpin-pemimpinnya. Baik UM mahupun BH juga RTM dan TV3 sentiasa menjadi trompet UMNO/BN!


AHMAD ALBAB AL-KULIMI

No comments:

Post a Comment