ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 January 2011

1 malaysia alat untuk hantam pakatan rakyat....!!!!



Menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan 1 Malaysia sebagai 'alat' retorika politik untuk  nafikan usaha Pakatan Rakyat membentuk negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

Sepanjang tahun 2010 menyaksikan Umno-BN terus mempergunakan kuasa yang ada dengan menekan, mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat daripada turut sama menuntut perubahan.Untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang harmoni, negara memerlukan muafakat baru di antara kaum bagi menuntut perubahan dan tidak tergelincir ke jurang kehancuran.

Kita berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan ranjau dari rejim penguasa yang sudah terlalu lama bekerja dengan cara lama, menindas suara dan tuntutan rakyat yang dahagakan perubahan..

Pelbagai bentuk kepalsuan telah dikilangkan dengan memutar belitkan fakta, memasung perbezaan pendapat dan mengadu domba permusuhan dikalangan rakyat berbilang kaum untuk menggagalkan politik baru.

Serangan demi serangan menggunakan slogan dan retorika politik berubah ini muncul dari luar dan dalam bertujuan melemahkan keazaman dan fokus perjuangan kita.

Idea-idea bernas serta dasar-dasar yang baik telah dirancang dan dibahaskan secara mendalam demi mengangkat martabat dan mutu kehidupan rakyat oleh Pakatan Rakyat terus dipinggirkan dan dibungkam oleh Umno-BN bagi mengekalkan hegemoni kuasa politik sempit mereka.

Kita harus akur dan berlaku jujur bahawa tuntutan perubahan ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan dalam menguruskan perubahan (managing change) Kita wajar mengambil langkah-langkah dan tindakan untuk memperbaiki kelemahan kita serta belajar dari pengalaman agar organisasi kita menjadi lebih kukuh, efektif dan berdaya saing,...

Perjuangan jerih PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat tidak berlandaskan kebencian dan kemarahan bahkan ia didukung atas dasar mahu melihat setiap rakyat diberi peluang mendapatkan mutu kehidupan yang lebih baik.

Perbezaan pendapat adalah proses biasa yang harus kita tempuh untuk merungkai sesuatu masalah. walaupun i demikian, kita  yakin semangat kebersamaan kita dalam perjuangan ini mengatasi perbezaan yang ada...

No comments:

Post a Comment