ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 January 2011

jantan monggolia 1 malaysia hina mahkamah....!!!!



Angkuh dan sombong....!Itulah yang boleh dikatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak; apabila beliau mengatakan kemenangan 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan kerana peguam Felda tidak hadir.

Ucapan yang juga berbau ugutan dan campurtangan kepada institusi kehakiman bila beliau isytihar peguam Felda akan lawan habis-habisan untuk kes saman 766 peneroka di Gugusan Serting, Negeri Sembilan. Kononnya demi untuk membuktikan bahawa Felda tidak menipu peneroka.

Justeru, pada 2hb Sept lalu, YB Salahudin, saya, Hj Zulkefly Mohamad Omar dan rakan-rakan telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Laporan polis dibuat bukan sahaja kepada Perdana Menteri;tapi juga kepada Datuk Ahmad Maslan dan Tan Sri Yusof Nor. Mereka bertiga telah membuat kenyataan yang menghina mahkamah, mencemarkan nama baik hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalan yang timbul ialah:-

1. Kenapa peguam Felda yang diwakili firma guaman Tetuan Wong Lu Peen dan Tunku Alina tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada perbicaraan 13 Januari 2008 sedangkan tarikh perbicaraan di putuskan bersama?
Kenapa baru sekarang timbul ura-ura mahu mengambil tindakan terhadap peguam mereka?

2. Adakah Perdana Menteri maklum semasa perbicaraan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selama beberapa hari hingga keputusan diumumkan oleh panel hakim diketuai Datuk Seri James Foong pada 26 Jun 2009; peguam Felda hampir 10 orang hadir dan diketuai sendiri oleh peguam terkemuka Dato' Cecil Abraham?

3. Adakah Perdana Menteri maklum semasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang didengar panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi; peguam Felda yang sama hadir?

4. Adakah Perdana Menteri maklum ketika Tun Zaki Azmi membuat keputusan perbicaraan pada 19 Januari 2010; tidak timbul langsung sebab peguam Felda tidak hadir?

5. Adakah Perdana Menteri maklum keputusan semua hakim yang telah dibukukan dalam Journal Undang-undang bahawa memang wujud konspirasi Felda MENIPU peneroka dalam menentukan Kadar Perahan Gred(KPG)?

Kenyataan Najib dan pemimpin BN hakikatnya telah merendahkan kewibawaan Hakim dalam membuat keputusan. Seharusnya sebagai seorang Perdana Menteri; apa salahnya menghormati keputusan mahkamah dengan bersedia melakukan penambahbaikan terhadap kepincangan operasi Kilang Sawit Felda. Tidak jatuh martabat seorang PM jika lebih lunak mengulas sesuatu isu; apatah lagi dalam suasana semua warga Felda tahu kepincangan Kilang Sawit Felda. Datuk Seri James Foong dalam ulasannya menegur Felda yang sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada peneroka. Felda tergamak menipu golongan yang susah yang seharusnya dibantu agar mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.

Laporan polis yang dibuat oleh Sdr Abd Rahman Ramli, peneroka daripada Gugusan Serting itu
mendesak siasatan dibuat berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang untuk mengheret Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Tan Sri Yusof Nor ke muka pengadilan.

Sudah terang lagi bersuluh; pemimpin BN tidak bersedia samasekali untuk memulihkan kepincangan mereka. Mungkin bila hilang kuasa, baru padan muka mereka........!


anak

No comments:

Post a Comment