ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 January 2011

tindakan zakarshittttt....memalukan....!!!!



Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat sangat di kesali . Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.

Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan....kepala butoh ko lah  zakarshitttt.....!!!!

Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube.

Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

"Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua"

" Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini"




Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan?

Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional. Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Kita sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

Jadi kita mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini.Kita  juga meminta Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. Kita  penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.