ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 April 2011

Bravo PKR, salute DSAI.........



Mengikuti perkembangan politik tanah air, banyak yang telah berlaku kepada PKR dan DSAI.PKR semacam mahu dilenyapkan terus dan DSAI semacam mahu dimatikan.Tetapi siapa yang dapat melawan kuasa Tuhan?Yang ditunjukkan kepada semua insan yang berakal dan berakhlak jauh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh pelaku pelaku tidak bermoral dengan didahului oleh beberapa manusia yang sudah hilang akal seperti Zul Nordin dan geng gengnya yang telah diusir keluar dari PKR serta disekongkoli oleh manusia manusia yang rakus dan lupa kuasa siapa sebenarnya yang menentukan hidup mati seseorang itu.

Media perdana begitu ghairah digunakan untuk menjatuhkan DSAI dan PKR sehingga sanggup mengaibkan seorang hamba Allah yang sebenarnya hanyalah seorang dari rakyat Malaysia yang berhak dari 27 juta rakyat keseluruhannya.Namun, apa yang berlaku di PRN Serawak yang baru berlalu memberitahu kita, orang orang yang berakal satu perkara, PKR masih lagi kuat dan DSAI masih lagi hidup dengan kehendak ALLAH.

PKR yang bertanding di 49 kawasan adalah satu fakta yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan sebagai parti yang paling ramai meletakkan calonnya dalam PRN Serawak kali ini.Malah PBB yang menang semua kerusi yang dipertandingkannya masih tidak mampu menyaingi kemampuan PKR dalam meletakkan calon mereka.Bukti cukup terang bahawa dalam satu satu pilihanraya di Malaysia, setiap parti yang mahu bertanding perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar disetiap kawasan yang dipertandingan.Jadi kalau diandaikan semua parti memperuntukan sejumlah wang yang sama katakan RM100 ribu disetiap kawasan, maka PKR sudah membelanjakan sebanyak RM4,900 ribu berbanding PBB sebanyak RM3,500 ribu.Dari perkiraan metamatik mudah ini sahaja sudah mengesahkan bahawa PKR jauh lebih kaya dari PBB.

Namun itu bukan persoalan yang mahu dibangkitkan di sini tetapi sumber kewangan yang dijana oleh PKR untuk menghadapi PRN ini lebih diberi keutamaan.Yang jelas, sumber PKR bukan sumber dana rakyat, bukan sumber dana judi atau bukan sumber wang haram tetapi sumber dari ahli ahlinya yang sanggup mengumpulkan dana dari sumber milik peribadi mereka untuk tampil melawan BN.Kesanggupan sebegini merupakan sesuatu yang menakjubkan mengambil kira publisiti negatif yang disebarkan oleh media dan orang orang yang tidak bermoral sepanjang tahun.

Selama ini, PKR cuba digambarkan bergolak, parti yang tidak ada pegangan dan hala tuju dengan kejadian aneh ahli ahlinya disumpah jadi katak dan sesumpah, DSAI pula disebarkan sebagai seorang bernafsu ganas dan sudah hilang kredibilitinya berikutan pendedahan sesumpah yang baru RPK.

Orang putih kata, "action speak louder" dan itu yang berlaku di Serawak dengan rekod calon teramai di PRN kali ini walaupun umurnya baru setahun jagung malah ada suara yang berkata 3 kerusi yang dimenangi dan satu lagi yang dinafikan oleh undi pos adalah kejayaan besar bagi sebuah parti yang baru berumur setahun jagung.

Bravo PKR , salute DSAI.

No comments:

Post a Comment