ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 April 2011

Najib Tidak Serius atau Sememangnya Bertanggungjawab atas Kematian Sarbani dan TBH di sebabkan siasatan pilih bulu SPRM di bawah tanggungjawab jabatannya...!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed...

Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM) atau sememangnya beliau terlibat dengan arahan siasatan pilih bulu untuk melaksanakan konsipirasi menjatuhkan kredibiliti kerajaan PR Selangor seperti kes TBH terdahulu yang berakhir dengan kegagalan dan kematian

Anggapan Najib adalah salah kerana  memang  ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan ketika dalam tahanan agensi pihak berkuasa...

Kita juga melahirkan rasa kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM...

Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.

No comments:

Post a Comment