ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 April 2011

SPRM....suruhanjaya pembunuh/pendera rakyat malaysia....buat hal lagi ....konspirasi gagal lagi ke...????














Berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat  amat mencurigakan.kejadian ini amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi.

Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka atau sememangnya ini perancangan peringkat tertinggi SPRM  bersekongkol dengan UMNO pukimak untuk menjerat OKT bagi projek merampas kembali Selangor dari PR.

Kita  mengucapkan takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.

Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari tindakan undang-undang...

Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri Selangor untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri.

Pihak kerajaan Selangor juga  akan merayu sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.
Kita  harap kes ini adalah kes terakhirdemi  menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia...


Sementara itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut Putrajaya agar “membersihkan kotoran” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sambil menyatakan rasa tidak puas hati ekoran satu lagi kes kematian di premis agensi itu.

Presiden PKR (gambar) itu berkata insiden terbaru hari ini amat memalukan SPRM selepas kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

“Ini satu tragedi yang mengejutkan dan apa yang lebih teruk ia berlaku ketika siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh (RCI) sudah berada di pertengahan,” katanya pada sidang media di Satok di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian Teoh ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

“Kami melihat ia satu perkara serius... ia akan memberi impak kepada institusi kerajaan dalam negara.

“Apa yang akan terjadi kepada institusi SPRM apabila ketika dipertengahan siasatan mereka sekali lagi berdepan insiden sama. Dan, kemudian bagaimana dengan tindakan pegawai SPRM yang memuat turun video porno ketika melakukan siasatan,” kata Dr Wan Azizah.

Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai “jahat”, sambil menambah ia akan menghakiskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan itu.

“Institusi sepatutnya menjaga kita. Saya tidak rasa ini adalah perkara kecil... kita perlu lakukan sesuatu.

“SPRM perlu mengambil tindakan. Kerajaan perlu membersihkan segala kekotoran ini,” katanya.

Dr Wan Azizah juga mendakwa sikap tidak peka ketika menjalankan siasatan amat ketara dan ia sudah menjadi budaya pegawai kerajaan.

“Jika anda orang besar, anda tidak perlu risau. Tapi jika anda orang kecil mereka akan mencari anda.

“Jika anda menyampaikan ceramah dan tidak mempunyai permit, anda akan ditahan.

“Tapi jika anda dilindungi dan anda menayangkan video pornografi, anda akan dilepaskan,” katanya dengan merujuk kepada pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur China.

DAP juga menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.

“DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).

“Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.

“Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.

“Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM,” kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.

Allahyarham Ahmad ditemui mati di kawasan gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane di sini pagi tadi.

Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat.

“DAP melahirkan rasa marah atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?” kata beliau lagi.

Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1 April lalu dalam satu operasi besar-besaran - Operasi 3B - yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.

Kata Lim, kematian Allahyarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor.

“Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock dan tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh,” katanya.

Malah kata Lim, SPRM perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

“SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah.

“Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM,” katanya lagi.


penyapu sial


Apa lagi cover up yang hendak dilakukan kali ini?

Apa lagi hipotesis gila seperti "terjun", "bunuh diri", dan seumpamanya yang akan dicipta oleh SPRM dengan menteri-menteri gila di atas kematian ini?

Apa lagi helah peguam SPRM hendak pertahankan pegawai-pegawai SPRM?


Dengan 1001 misteri kegagalan siasatan terhadap isu kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh dari Bangunan Marsalam, Pejabat SPRM Selangor dua tahun lalu, ketika dalam tempoh soal-siasat, sukar bagi rakyat untuk percaya kejadian terbaharu bebas dari prasangka negatif.


Buka kembali CCTV. Pastikan kali ini tidak ada alasan untuk tidak dapat membaca CCTV kerana tidak mungkin rakaman penuh tidak dilakukan setelah berlakunya peristiwa Teoh Beng Hock.

No comments:

Post a Comment