ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 April 2011

walau pun DSAI bukan pelakun perut boroi dan bertetek labuh dalam video seks Datuk T...pastinya peguam negara akan cari jalan mengenakan DSAI...!!!



Kita  percaya Peguam Negara akan tetap mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun siasatan polis tidak mengaitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan rakaman video aksi seks yang dipertontonkan oleh “Datuk T” bulan lalu.

Siasatan rakaman video aksi seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah.

Kita juga  percaya yang Peguam Negara akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar walaupun beliau tidak terlibat dalam rakaman itu.

Siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video itu kerana jelas beliau tidak ada kena mengena, ia juga selari dengan penafian yang telah dibuat beliau.

Walau bagaimanapun kita  yakin Peguam Negara di bawah arahan Barisan Nasional (BN) akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah,..

Tindakan itu akan diambil bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidak mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walaupun beliau tidak melakukankanya merujuk dua tuduhan kes liwat terhadap Anwar pada 1998 dan terbaru pada 2008 yang melibatkan Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Kita  kesal dengan tindakan BN yang terus menggunakan politik kotor demi mengekalkan kuasa politik.

No comments:

Post a Comment