ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 April 2011

Lawak Filem 3 Mat Boroi TAK SELESAI LAGI....!!!!



Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim. Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan minggu lalu, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah - (petikan dari Malaysian Insider.Com)

Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam-macam yang sempat aku dengar. Macam-macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering gusi kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.

Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi menteri undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak di mana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.

Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.

Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya.

Tapi ini belum begitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya.

Di hari pertama Tiga Mat Boroi dibuka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.

Wartawan kemudian bertanya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.

'Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang …ek ek ek… dengan pelacur itu ialah Bradd Pitt'.

Kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belangkong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin.

Pening kepala aku. Memang sahih dalam dunia ini ada macam-macam gila. Bila berhadapan dengan orang kurang akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.

Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis di sini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen.

Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga di atas ranjang. Ini betul-betul hebat, macam-macam ajaran Kamasutra. Lebih hebat dari 69.

Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adegan ranjang difilemkan. Lalu timbul persoalan di kalangan jantan yang sudah berumur: Apakah semua ini sebenarnya teknologi imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan direkacipta.

Adegan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul di sini. Orang ramai telah sebulat suara bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.

Cerita lawak Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis di sini. Dalam semua lawak, ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam.

Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah 'Anugerah Allah'. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.

Aku kurang faham, apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan misteri Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.

Nah! Ini lagi memporak-perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah?

Nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang 'frust' telentang setelah puas 'frust' menonggeng.

Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan pelakon tertentu. Atau dapat kautim dengan kumpulan tertentu yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahihan filem Tiga Mat Boroi. -Hishamuddin Rais


Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’

KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa. -TMI

No comments:

Post a Comment