ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 April 2011

orang dayak sarawak keturunan altantuya monggolia....kalau lah depa ramai yang tau ....saudara mereka di C4 oleh najib guruji dan rosmah botox....mampuslah kena sumpit di PRU 13 nanti....!!!!

Antara Monggolia, Dayak dan Altantuya

Memang sudah menjadi kelaziman Umno untuk menyediakan bekalan peluru bertujuan mengelaburi pemikiran rakyat. Perhatian Najib Razak terhadap isu yang terkait dengan Altantuya ini ada sebabnya juga. Iaitu, hal ini sangat bersabit dengan maruah isterinya, Rosmah Mansur. Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah menulis tentang perihal Rosmah yang berada di tempat kejadian itu, pada malam Altantuya Shaariibuu dibunuh.





Oleh sebab keperluan membersihkan nama Rosmah itulah, maka kenyataan RPK dikeluarkan di peringkat umum. Sebenarnya, demi menyelamatkan Najib, memadailah dengan kenyataan Najib sebelum ini dan lafaz sumpah keramatnya di masjid yang berbunyi, “Sumpah! Saya tidak kenal siapa itu Altantuya!”

Jadi, dalam kenyataan RPK yang terbaru itulah maka nama Rosmah diulang sebut bahawa, mustahil juga Rosmah berada di tempat kejadian di hutan itu.

“Takkan Rosmah berani berada di hutan itu?” tanya RPK lagi bagi membuktikan keraguannya itu. Segala ‘dosa’ RPK seolah-olah bagaikan terhapus lupus dengan sebab pengakuan secara terbuka di media perdana yang dikawal kerajaan itu.

Jadi, kenyataan RPK itu disiarkan bukanlah sangat dengan tujuan mahu menyental nama Najib yang terpalit dihumban najis untuk keperluan politik dan Pilihan Raya Sarawak, tetapi sebaliknya untuk membersihkan nama Rosmah tentunya.

Ini kerana, isu Altantuya masih jua diulang-ulang oleh Pakatan Rakyat di dalam mana-mana kempen pilihan raya sekali pun. Di samping itu, hal Altantuya ini dijawab RPK dengan tujuan menjerat Anwar juga kerana nama-nama individu yang dijebak dengan tokoh itu turut disebutkan juga.

Sebenarnya, RPK adalah sebutir peluru baharu yang sama seperti video seks Datuk T yang disembunyikan lalu dikeluarkan sempena meraikan pilihan raya agar peristiwa ini kelihatan lebih meriah.

Peluru-peluru tipu daya ini lebih berbisa dibanding bom C4 yang tidak pula disebut oleh RPK baru-baru ini. Bercakap mengenai Altantuya, bukanlah cakap mengenai Mongolia, atau kononnya hubungan sulit (jika ada) antara kedua-dua mereka.

Tetapi, ia melibatkan komisen kapal selam Scorpene juga dan penggunaan bom C4 yang sudah lama menjadi soal teka teki berkaitan tempoh masa Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan itu.

Rakyat bertanya mengenai komisen dan bagaimana caranya bom C4 digunakan? Adakah ia memerlukan pengesahan dan kelulusan Menteri Pertahanan? Semua itu tidaklah dapat dijawab RPK kerana kenyataan beliau baru-baru ini seolah-olah mahu menyelamatkan maruah Rosmah sahaja.

Persoalan tentang bom C4, Azilah Hadri dan Sirrul Azhar itu tetap kekal tidak dijawab RPK. Ia terus kekal sebagai misteri X-Files yang tidak jua terungkap, lalu dikambus waktu yang terus berlalu.




Sebenarnya, kalau pun RPK tidak mengeluarkan kenyataan di TV3 itu, sudah lama kenyataan RPK itu diragui sebelum ini. Tapi, keraguan terhadap catatan RPK itu kerap disembunyi dan disimpan dalam kantung hati masing-masing.

“Betul ke apa yang Raja Petra tulis-tulis dalam laman web dia tu?” seorang teman bertanya. Saya mengangkat bahu menandakan isyarat tidak tahu. Saya fikir, satu-satunya isu berkaitan Rosmah yang belum juga Rosmah bersumpah ialah wawancara yang dijalankan oleh C4 Production berhubung ilmu sihir.

C4 Production adalah satu kumpulan yang tidak diketahui siapakah dalangnya sebelum ini, telah turun menyiasat ke kampung halaman Rosmah dan di situlah mereka menemu bual orang-orang kampung Rosmah mengenai perihal beliau.

Kalau dakwaan saudara-mara Rosmah itu benar, kita mendapat malu satu dunia. Ilmu sihir ini bukanlah perkara main-main. Tuduhan dan dakwaan sudahpun jelas dan terang-terang dimuatkan dalam Youtube, disaksikan seluruh dunia.

“I rasa, kumpulan yang buat temu bual tentang Rosmah dan ilmu sihir ini pun, kumpulan Raja Petra juga,” kata seorang penggiat media alternatif kepada saya dulu. Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pengamal media itu, mungkin berjaya menjejak pasukan itu dengan sumbernya sendiri.

Jika benar pasukan C4 Production itu dibentuk oleh RPK, maka hanya ada dua cara bagi ‘membersihkan’ nama Rosmah. Pertama RPK perlu sebut bahawa kesemua pihak yang ditemu bual itu adalah orang-orang upahan di kampung itu sahaja.

Kedua, Rosmah sendiri perlu bersikap seperti Najib yang bersumpah di masjid bahawa dia tidak kenal dan tiada kaitan atau kena-mengena dengan Altantuya. Maka, Rosmah mesti tiru aksi Najib lalu bersumpah, “Sumpah! Saya tak pernah main ilmu sihir untuk memikat Najib, suami saya sekarang ini”.

Tetapi, adakah Rosmah berani bersumpah begitu dalam masjid? Kita tunggu dan lihat. Dan, jika benar Youtube Rosmah Puaka kelolaan C4 Production itu bukannya hasil tangan dan bikinan RPK, maka hendaklah RPK berikhtiar keras membersihkan nama dan imej Rosmah yang terpalit dengan amalan gelap; amalan sihir yang ditentang keras oleh Islam dan lain-lain agama samawi itu.

Ketika RPK bercakap tentang pembunuhan Altantuya ini, mujurlah Najib, Rosmah dan seluruh rakyat keturunan Dayak di Sarawak tidak mengetahui hubungan pertalian dan ikatan persaudaraan Altantuya dengan Dayak Borneo sememangnya sudah terjalin begitu lama.

Hubungan darah Altantuya terhadap Dayak di Kalimantan, Sarawak dan kepulauan Borneo ini terkait dengan semangat kebangsaan Mongol di Mongolia. Bangsa Mongol bukan hanya menyerang Baghdad di Iraq sehingga mengeruhkan sungainya dengan kitab-kitab Islam yang mereka bakar.

Scorpene. Punca kematian Altantuya?



Malah, Mongol pernah menyerang Melayu Champa juga pada suatu masa dahulu. Titisan darah bangsa Mongol ini kemudiannya turun menjadi Dayak di Kalimantan dan Sarawak pada hari ini. Syahadan, maka menjadilah mereka sebagai bangsa Dayak yang kaum wanita mereka itu cantik rupawan belaka.

Tidak hairan jika mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah mengiktiraf bahawa Orang Sungai sebagai bangsa yang cantik. Najib dan Mahathir mungkin juga berkongsi citarasa yang lebih kurang sama, iaitu citarasa Mongolia. Siapa tahu?

Tetapi, soal citarasa terhadap wanita untuk kedua-dua mereka itu tidaklah penting sangat. Yang penting ialah bangsa Dayak di Sarawak mesti diingatkan bahawa darah Altantuya turut mengalir dalam tubuh dan jasad mereka.

Jika Altantuya dari Mongolia dibunuh kejam dengan bom C4, gara-gara tuntutan komisen kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, apa jaminan masa depan Dayak Sarawak berketurunan Mongolia, bahawa mereka akan mendepani masa depan yang cerah di bawah pentadbiran Najib yang didakwa terlibat dengan pembunuhan seorang saudara mereka dari Mongolia, iaitu Altantuya?


H Fansuri

No comments:

Post a Comment