ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 March 2010

mufti perak mata duitan...memang ejen UMNO....





















Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mempertahankan usahanya membantu merealisasikan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS di negeri itu sambil menegaskan, beliau sanggup menerima “cercaan” mana-mana pihak jika ada yang tidak gembira.


Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

Malah ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak, kata beliau.

“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Dipetik Utusan Malaysia, kata Harussani, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak adalah berdasarkan pengamatannya terhadap PAS Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

“Mereka (PAS Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin menggelarkan beliau sebagai ejen Umno apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani pada Program Dialog Za'ba — Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lalu.

No comments:

Post a Comment