ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 March 2010

Setelah 10 Tahun Royalti Petroleum di Rompak ....wang ehsan hanya makanan untuk keturunan hanturaya UMNO yang kebuloq...!!!!

Apabila royalti petroleum dirompak oleh kerajaan pusat dan digantikan dengan wang ehsan 10 tahun lalu, orang Umno yang mencadangkan perkara tersebut mungkin gembira ketika itu.


Cadangan Awang Jabar, orang kuat Umno Dungun s ewaktu perhimpunan agung umno adalah semata-mata mahu mengkhianati kerajaan PAS Terengganu yang berjaya memenangi pilihanraya umum ke 10, 1999.

Lalu pada 5 September, 2000, pembayaran royalti telah ditukar kepada 'pembiayaan wang ehsan, dengan hanya satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Kewangan







Kini, setelah 10 tahun ‘wang pengkhianatan’ tersebut di agih-agihkan, pelbagai kesan negatif yang timbul baik dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial peringkat nasional serta dalam negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berpendapat, pemberian wang ehsan gagal menyelesaikan masalah kemudahan asas dan ekonomi rakyat negeri Terengganu.

”Pemberian wang ehsan gagal menyelesaikan masaalah asas rakyat seperti kemudahan infrastruktur, jalan raya termasuk jambatan dan peparitan,

”juga tidak berjaya meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat,

”yang ada ialah projek membazir yang tidak menjana sumber pendapatan rakyat yang lestari (sustainable),”katanya ketika di hubungi Buletinonline.

Pendapat beliau turut disokong oleh Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang mempersoalkan, apakah peningkatan yang dihasilkan setelah 10 tahun berlalu.

“Begitu banyak wang dicurahkan, apakah ada peningkatan taraf hidup rakyat dan kadar kemiskinan yg berjaya dikurangkan? atau wang ehsan hanya menjadi umpan UMNO untuk memancing (undi) rakyat?,”

”realiti yang ketara jelas kehidupan rakyat masih di takuk lama,”jelasnya

Mengulas perkara berkenaan, para peniaga dan industrialis dikalangan masyarakat Tionghua Terengganu menyifatkan pemberian wang ehsan yang diagih-agihkan dikalangan penduduk menyebabkan rakyat menjadi manja dan malas.

Johnny Wong Thim Keong, seorang pemilik kilang yang baru berhijrah ke Terengganu menyifatkan wang ehsan tidak membawa erti yang besar kepada rakyat Terengganu.

”kalau orang Terengganu ni, dari muda sudah biasa orang bagi duit, bagi…bagi…bagi… (jadi) manjalah,

”orang luar dekat bandar (besar) Kuala Lumpur ke, Pulau Pinang ke, mereka tak tau apa makna wang ehsan, sebab tak pernah ambil,

”jadi bila saya sampai sini, ada wang ehsan, jadi untuk apa?,”katanya ketika mengulas hal tersebut.
Sehubungan itu, Naib Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian Cina Terengganu, Alex Lee Yun Pin menyifatkan pemberian wang ehsan adalah tidak membawa manfaat kerana ianya umpama ‘memberi ikan’.

”Kita tak mahu ‘beri ikan’, tapi kita mahu beri kail,”katanya ketika mengulas pemberian wang ehsan dalam majlis dialog yang diadakan baru-baru ini.


buletinonline

No comments:

Post a Comment