ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 April 2011

datuk TONGGENG DAN GENG BUAT FITNAH TANPA SAKSI WAJAR DI SEBAT 80 KALI....!!!



Ketulenan video fitnah tidak membawa sebarang erti kerana pelakonnya terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan berikutan kecanggihan teknologi masa kini, disalah guna pihak tertentu.

Teknologi canggih memungkinkan memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki.

Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu rupa Anwar, malah untuk rupa serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita akan anggap pelakon itu benar-benar menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World dan Wolf.

Kalaupun benar video itu tulen, pelakon tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua (pelanduk) serupa. Boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi atau 1001 kekeliruan lain.

Sepatutnya, polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebar video lucah, bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja,..

Memetik beberapa filem terkenal Hollywood yang memaparkan keserupaan watak, antara Face Off lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang popular satu ketika dulu.

Dalam filem itu, watak yang dibawa John Travolta dan Nicholas Cage bertukar wajah dan menyerupai pihak musuh hinggakan isteri mereka sendiri tidak dapat mengesan perbezaan mereka.

Jika konteks ini diguna pakai, bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Eskay Shazryl Abdullah bertukar watak dengan Eskay memainkan watak Ketua Pembangkang dalam video fitnah itu lantaran wajah mereka mirip.

Dalam pada itu, Nasruddin berkata, tuduhan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak menepati piawaian dalam membuat tuduhan zina.

Datuk T, kononnya saksi hanya melibatkan tiga orang, ertinya belum cukup bilangan empat yang dikehendaki Islam dan syarat saksi mesti adil, (tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil) dan mesti menyaksikan perlakuan zina sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan, tambahan pula dalam bentuk hitam putih..

Jika tuduhan itu adalah fitnah, penuduh mesti dijatuhi hukuman qazaf (sebat) 80 kali mengikut hukum hudud.

Surah an-Nur ayat keempat menyeru supaya orang yang menuduh dan tidak cukup saksi empat orang mesti disebat 80 kali dan kesaksiannya tidak boleh diterima buat selama-lamanya kerana mereka adalah golongan fasik..

No comments:

Post a Comment