ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 April 2011

UMNO gila sex....UMNO shah alam pulak dalang edar komik lucah....!!!



Pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Aduan  di buat daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.Pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, dan sumber  maklumat mengatakan ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam...

Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin  di gesa tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini.

Sehubungan itu,satu  laporan polis tentang perkara ini akan di buat oleh ahli parlimen shah alam,khalid samad di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Sementara itu,  individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah agar ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut...

No comments:

Post a Comment