ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 April 2011

FILEM 3 MAT BOROI KE PESTA FILEM DI CANNES DAN LE PETIT TAMBI YANG ANGAN ANGAN MAT JENIN....MUAKAKAKAKA...!!!



gambar ini ada kena mengena dengan hantu raya dan jembalang tanah yang masih hidup....!!!

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana ‘ world premier – pembukaan sedunia’ filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walauapapun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menalipon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak aku tak sabar-sabar nak menengok Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat gembira kerana dapat sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal buat anak dan kanak-kanak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap ‘engaging’ atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan ekslusif Tiga Mat Boroi ini. Ini tayangan bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eksklusif – Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu, Queen Elizabeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Commonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizabeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak anak muda. Amat amat ditakuti kalau kalau anak muda akan pergi beramai ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku disambut oleh lelaki gelap berbaju lengkap hitam termasuk dengan kaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti gengster India dalam filem Bombay – bangang tapi lawak.

Kemudian akupun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan para wartawan yang telah datang lebih awal. Mereka semuanya kelihatan resah dan gelisah – duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini dengan laporan media, pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filempun diputar. Belum sampai tiga minit filem berputar, telah mula kedengaran orang berdengkur. Dalam minit ke tujuh, dua orang penonton telah bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk filem sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan. Filem inilah yang membantu perkembangan fikrah negara.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi telah juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut digambari tanpa ada potongan. Lapan buah kamera ini cukup hebat malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengesahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang Gadis Siam. Si Gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari – yang dihantar ke Malaysia khusus oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa diri aku tertipu. Walaupun ada lapan kamera yang digunakan dari pelbagai sudut – semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menggambari dari jarak dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh – long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun ‘reverse angle’ untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tumbuk ketampi. Punggung turun naik untuk aku bukan memberahikan malah memualkan.

Adegan ranjang ini adalah adegan ranjang yang paling tidak ranjang yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memiliki badan yang gagah perkasa – mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak berlaku.

Mengikut istilah Nyah badan pelakon utama ini memadai ‘Mak Tak Taste’. Biar aku berkata jujur di sini bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihantan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boseh boroi dan bergoyang goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adalah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang imej watak utama untuk dilihat kacak dan bergaya. Kalaupun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka macam kacak seperti muka Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa menggigit jari untuk menahan ketawa dari terbarai. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke dalam perut.

Bayangkan siapapun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini – bukan sahaja boroi - pungungnya tonggek pulak. Oh la la… di mana silapnya tuan pengarah ini. Mata aku mencari-cari dalam gelap itu di manakah Le Petit Tambi. Pada ketika itu aku rasa nak memberi satu penampar.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangan yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul bukan berbulu macam King Kong. Aku rasa pelakon ini cukup baik untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika menggunakan Gillette-kan.

Bila lampu dibuka aku terperanjat sekali lagi. Kami hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan poyo walaupun mereka kelihatan bangga kerana telah berjaya membuat filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan dibawa ke Pesta Filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata dari Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan dibenarkan masuk.

Bila sampai ke rumah, aku termenunng dan lalu membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Inilah bahayanya kalau kuih karipap tersimpan lama dalam seluar dalam lama dan tidak dimakan. Air basinya menyerang naik ke kepala.

Lalu aku terfikir – apa sudah jadi, lalu aku bertanya ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini. Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar bahawa Finas kini menjadi lubuk rasuah itu betul.

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kalau hendak pergi terkencing berdiri di panggung Le Carcosa seperti Queen Elizabeth dipersilakan.


oleh hishamuddin rais

No comments:

Post a Comment